KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 3 December 2014

BERGADUH BESAR SEBAB SAM BANTU ADIK BERNIAGA.

10.4] Dalam diam sebenarnya Najwa amat tidak bersetuju dengan tindakan membantu Nas berniaga sehinggalah suatu hari Najwa meluahkan perasaan tak puashatinya dengan mengadu serta memarahi Sam kerana membiarkan Ina pergi berniaga bersama Nas.Dia berkata Ina tidak langsung membantu kerja rumahnya dan asyik bersenang lenang bersuaminya.

Selain itu Najwa mengungkit bahawa setelah Sam memberi bantuan modal serta tidak mengambil sebarang keuntungan itu adalah tidak patut serta menuduh Sam amat mementingkan keluarganya berbanding dirinya dan anak-anak. Najwa juga mengungkit kisah gelang emas Nurul masa itu bagi menunjukkan Sam adalah tidak adil.

Pergaduhan berlaku dan Sam cuba memberi penjelasan serta cuba membuat Najwa faham dan bersabar serta menilai segala perbuatannya selama ini, tetapi masih tidak diendahkan, malah Najwa menjadi bertambah melampau.Sam merasa amat tertekan dan selepas pergaduhan itu dia termenung lama dan didapati tangan nya menggeletar dengan teruk.Kepala dan badannya amat sakit. Seperti biasa, dalam diam Sam terpaksa menggunakan ubatnya bagi mengawal depression yang dialaminya. Kemarahan serta kesabaran Sam amat tercabar kali ini.

Ke esukan harinya, Sam telah memanggil semua pekerja Seniornya untuk bermesyuarat didalam sebuah bilik dibengkelnya yang agak jauh dari rumah dan Pusat Pamerannya.Hampir sepuloh orang pekerja yang paling Sam sayangi serta merupakan pekerja mahir berkumpul untuk mendengar apa yang Sam akan katakan pada pagi itu.

Mula-mula Sam menasihatkan semua pekerjanya untuk mentaati apa yang akan diperkatakan sekirannya mereka hurmat serta menghargai apa yang telah dibuatnya dikampung mereka yang sekarang ini telah membuka banyak peluang pekerkaan kepada muda-mudi.Sam juga berkata bahawa jika mereka sebagai ketua dan pekerja mahir tidak ada maka pekerja-pekerja lain yang separuh mahir dan kurang mahir akan tiada kerja kerana mereka semua bergantung kepada pekerja Mahir.

Sam juga memberi semangat kepada mereka bahawa semua ini bakal berjaya serta kampung mereka sudah masyur kerana telah dikenali sebagai pengeluar Batik Sutera dan mungkin tidak lama lagi akan menjadi sebagai pengeluar terbesar bagi seluruh negeri Trengganu.Olih itu Sam menasihatkan mereka untuk terus berusaha.

Sam amat kerap meminta Mah yang selaku pekerja yang didikasi serta berdisiplin untuk terus berusaha dan membantu semua pekerja lain untuk terus maju.Dia amat yakin Mah yang selaku pemegang Ijazah mampu berfikir dan berusaha kearah itu.

Walaupun hari itu Sam banyak memberi peransang kepada pekerjanya, tapi dia kelihatan amat tidak gembira malah airmatanya jatuh setitik demi setitik dan ini membuatkan semua pekerjanya amat kehairanan lalu bertanya apakah sebab Sam berkata-kata sedemikian.

Akhirnya Sam mengakui yang dia sekarang mungkin sudah sakit serta sudah tidak tahan lagi dengan segala yang ditangunginya lagi. Olih itu dia bercadang untuk balik kekampung untuk berubat. Sam juga berkata yang dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah dan perangai Najwa sekarang.

Sam memberitahu semua pekerjanya bahawa dia sudah tidak peduli semua perniagaannya lagi dan apabila dia pulang ke Kuala Lumpur, maka dia akan menyerahkan semua ini kepada Najwa dan mereka mesti terus bekerja serta mentaati Najwa. Mendengar penerangan Sam itu ,semua pekerka amat tidak bersetuju serta berkata yang mereka mungkin akan berhenti bekerja sekiranya apa yang didengari olih mereka itu adalah benar dan terjadi.

Sedang mereka berbincang serta memprotes rancangan Sam itu, tiba-tiba pintu bilik itu ditendang olih seseorang. Ternyata orang itu adalah Najwa yang tercegat dengan riak muka yang amat marah.Najwa menjerit dan berkata bahawa Sam sekarang sedang melakukan makhsiat bersama pekerjanya. Semua pekerja yang ada disitu amat terperanjat serta bangun seperti untuk meninggalkan bilik itu.

Sam memarahi Najwa serta memberi penerangan bahawa dia sedang bermesyuarat dengan pekerjanya berkenaan soal kerja, tetapi Najwa masih menuduh Sam yang bukan-bukan. Sam yang hilang sabar telah menghalau Najwa dari bilik itu dan Najwa pun beredar dari situ dan menuju pulang kerumah.

No comments:

Post a Comment