10.8] Satu hari Sam ingin pergi keHospital untuk mengambil ubatnya di Hospital dan dia telah mengajak Jamilah untuk menemaninya kerana dia rasa nak cuba bercakap dengan Jamilah dengan lebih rapat lagi. Sam jenis orang yang tidak mahu berselindung jadi ajakannya itu telah diketahui oleh semua pekerjanya dan sudah tentu seluruh kampung mengetahui hal tersebut. Bagi Sam tiada yang perlu disorokkan kerana dia pun semua orang kenal dan dia masih menggunakan Bas awam untuk pergi keBandar Kuala Trengganu. Sudah pasti orang kampung itu akan nampak.
Jamilah bersetuju dan Sam berkata kepada sebahagian pekerjanya supaya jangan buat gosip kerana dia meminta Jamilah menemaninya sebagai teman sahaja kerana dia amat kesunyian. Selepas mengambil ubat dan makan sarapan pagi Sam dan Jamilah telah pulang semula kerumahnya dan Jamilah meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa.
Sebahagian pekerja cuba mengusik mereka dengan bertanya bagaimana hal dating mereka dan Sam menjawab bahawa Jamilah telah rejek dia kerana sudah ada teman lelaki dan semua ketawa dan terus membuat gurauan berhubung hak tersebut. Sebenarnya tiada apa pun Sam dan Jamilah perbualankan selain hal kerja dan hal kesihatan Sam sahaja. Sam juga mengucapkan terima kasih kepada Jamilah yang sudi menemankannya. Sam juga berkata pada Jamilah bahawa dia sekarang sekadar berkawan sahaja dengannya kerana untuk bercinta atau berkahwin bukan perkara mudah seperti menangkap anak ayam.
Sam berkata mungkin perlu masa yang lama untuk mengenali serta memahami terlebih dahulu dan Jamilah pun bersetuju. Jamilah memang berkata yang dia sudah ada buah hati, tetapi dia setuju dengan pendapat Sam iaitu untuk berkenalan dan mengenali terlebih dahulu. Jamilah tidak kisah Sam terus bersahabat dengannya dan kesudahannya biarlah Tuhan yang menentukan dan tidak mustahil diantara mereka akan jatuh cinta suatu hari nanti.
Masa yang ditetapkan oleh Pejabat Khadi untuk Sam dan Najwa membuat pengesahan perceraian mereka telah sampai dan mereka telah pergi kepajabat tersebut. Pada hari itu Khadi yang bertugas telah mengesahkan bahawa Sam telah bercerai dengan Talak 2 dan bukannya 4 seperti yang didakwa oleh Haji itu tempuhari dan sambil bergurau Khadi itu berkata bahawa mana ada Talak 4, dan dari mana Haji itu berlajar.
Sebelum menandatangani surat perceraian, Sam dan Najwa telah dinasihati olih Khadi tersebut untuk memikirkan hal kebajikan anak-anak serta perasaan keluarga yang lain. Sam berkata yang dia sebenarnya tiada masaalah kerana yang meminta cerai bukanlah dia dan dia telah menceritakan sebahagian kisah semasa perceraian itu berlaku kepada Khadi tersebut. Sam berkata semua sekarang adalah bergantung kepada Najwa sahaja.
Khadi yang mendengar cerita Sam itu menasihatkan Najwa yang sepatutnya tidak bertindak sedemikian kerana bersalahan dengan hukum dan berharap dia berubah dan sedar demi masa depan anak-anak serta sambil itu memerli Najwa dengan berkata bahawa kalau suami sayang dan puas hati, bukan setakat Gelang dan Rantai Emas sahaja suami akan belikan, tapi jongkong emas pun boleh dapat. Sam tersenyum mendengar lawak Khadi tersebut.
Menurut Khadi tersebut, kerana Sam dan Najwa masih dalam edah, dia menasihatkan mereka supaya Rujuk kembali dan ianya akan menjadi amat mudah serta boleh dilakukan sekarang juga. Sam tetap berkata bahawa dia tidak bermasaalah dengan perkara itu,dan ianya hanya terpulang kepada Najwa sahaja. Selain dari itu Najwa juga harus faham dan insaf dengan semua apa yang telah berlaku.
Setelah Najwa mendengar nasihat dan tunjuk ajar Khadi tersebut, Najwa bersetuju untuk rujuk semula dengan Sam dan akhirnya mereka akad lafaz rujuk didepan Khadi tersebut dan masih menggunakan Mas Kahwin yang terdahulu.
Sebelum mereka meninggalkan pejabat itu, Khadi tersebut berkata bahawa mereka hanya mempunyai satu Modal sahaja dalam perkahwinan mereka. Jika baki satu talak itu gugur juga maka amatlah payah nak deselesaikan lagi.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
.jpg)
No comments:
Post a Comment