Suatu hari, Najwa menunjukkan gelang dan rantai emas yang baru dibelikannya untuk anak perempuannya Nurul dan lantas Sam bertanya dimana dia dapat duit tu. Najwa berkata wang itu diambilnya dari hasil jualan bilik pameran. Masa itu Sam menjadi amat marah kerana Najwa tidak berunding dahulu dengannya untuk membeli gelang dan rantai emas itu. Sam juga berkata kalau nak semua itu, tunggulah sehingga dia betul-betul dah maju dan tiada hutang serta wajib berbincang dengannya sebelum membuat sesuatu.Najwa memarahi Sam dengan berkata bahawa takkan membeli gelang dan rantai emas untuk anaknya pun Sam nak marah.
Sam yang teramat marah, lalu merampas barangan kemas tersebut lalu memasukkan kedalam lubang tandas dan mengepamnya dan semuanya hilang.Sam memberi amaran keras pada Najwa bahawa mulai hari itu jangan campur lagi perniagaannya dan tidak dibenarkan mengunakan wang perniagaan lagi.
Sam menjadi bertambah keliru sekarang kerana peristiwa dia memarahi Najwa sebab rantai dan gelang emas itu menimbulkan keraguan terhadap dirinya sendiri kerana dia berfikir mungkin dia tersalah mengambil tindakan akibat dia pun sedang sakit dan perasaannya masih tidak menentu. Diantara persimpangan terhadap keputusannya itu selalu menghantuinya. Ada benar dan ada salah terus menjadi persoalan mindanya. Walau bagaimana pun semua itu telah mula menggangu ketenramannya selama ini.
Mulai hari itu Sam mula murung semula dan untuk mengatasinya Sam lebih banyak berbual dengan pekerja-pekerjanya.Bila waktu malam, Sam sudah jarang pergi kerumah Zaidi ditepi sungai sambil berborak dengannya dan Ros selain sentiasa bermain dan menonton TV bersama anak-anak.
Selepas itu Najwa meminta Sam mencarikan seorang Pembantu rumah kerana dia kata amat penat menjaga anak-anak dan menguruskan rumah yang terlalu besar. Sam malas nak bertekak dan mengikut sahaja kemahuannya. Zaidi telah tolong mencarikan orang gaji yang dikehendakinya tetapi tidak tahan lama kerana dia tidak suka dengan pembantu itu. Sam pun memberhentikannya.
Walaupun Sam tidak berapa rapat dengan Najwa tetapi tiada satu pun kurang dan dia sentiasa memberi yang terbaik dan termampu untuk Najwa dan anak-anaknya.Tiadalah Sam membiarkan mereka serba kekurangan malah lebih baik dari orang biasa yang ada disekelilingnya. Kalau orang lain dikampung itu masih mencuci pakaian dengan tangan, Najwa pakai mesen basuh, orang lain berdapur minyak, dia guna dapur gas.
Sebagai logiknya, masa Sam mula sampai kekampung itu dengan hanya tangan kosong dan dalam masa sesingkat itu telah amat jauh berubah dan lebih senang. Sam berharap Najwa faham dan bersabar dan juga insaf yang apa sedang dilakukannya sekarang adalah untuk dia dan anak-anak. Sam bertambah runsing dan keliru.

No comments:
Post a Comment