Semua pekerja Sam meneruskan kerja seperti biasa dan Sam mempelawa Najwa untuk bercakap sebentar dengannya. Sam meminta maaf kepada Wan Anita diatas semua yang telah berlaku serta secara tak langsung mencemarkan nama baiknya.Wan Anita berkata yang dia amat terperanjat sehingga tidak tahu apa nak buat. Itulah sebabnya dia terus memegang pakaian yang Najwa lemparkan kepadanya dan secara tidak sedar dia juga membawa pulang semua pakaian itu balik kerumah.
Wan Anita yang baru pertama kali bertemu dengan Najwa berkata dia amat takut sekiranya Najwa menyerang dan menderakan dia. Sam berkata dia pun sudah tidak tahu apa nak buat dengan Najwa, dan sekarang secara tidak sengaja dia telah melafazkan Talak lagi kepada Najwa akibat kerana terlalu marah. Sam merasa amat menyesal serta tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas itu. Wan Anita berkata bahawa Sam tidak sepatutnya melayan kemarahan Najwa tadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku tapi Sam berkata mungkin itu semua adalah takdir dan mungkin ada hikmah yang terselindung, sama ada kebaikan buat Najwa atau dirinya.
Wan Anita juga amat hairan bagaimana gambar yang diberinya kepada Sam boleh berada ditangan Najwa dan Sam juga amat hairan dengan perkara itu. Setahu Sam beg hitamnya sentiasa berada diatas almari pejabatnya dan tidak diusik. Sam mengaku yang dia ada menulis nota tersebut ketika dia melihat gambar Wan Anita ketika bersedih selepas makan ubat dan kata Sam mungkin masa itu dia sedah mula mabok ubat.
Sebenarnya Adik Sam yang tinggal dirumahnya amat jarang berada dirumah selepas bekerja kerana asyik berjalan dengan sahabat-sahabat dan akan pulang larut malam.Adiknya ini tidur dalam satu bilik yang lain serta jarang bercakap dengan Sam kecuali hal kerjanya sahaja. Kata Sam, tidak munasabah Khairil adiknya yang memberikan gambar itu pada Najwa, dan Wan Anita bersetuju dengan pendapat Sam itu.
Sam meminta Wan Anita supaya tidak membenci atau memarahinya berkenaan gambar dan tulisan nota yang terdapat pada gambar itu. Kata Sam dia menulis semua itu kerana ianya menjadi tabiat kepada lelaki normal yang amat berminat dengan seseorang wanita.Sam pun cuba memulangkan semula gambar yang diambilnya tadi selepas Najwa melemparkannya kepada Sam tadi. Wan Anita berkata dia tidak marah serta tidak mahu mengambil gambar itu, serta membenarkan Sam menyimpannya.
Wan Anita pun berkata bahawa walaupun dia baru bekerja dan tidak kenal kepada Najwa dan Sam tapi dia banyak tahu kisah hidup Sam dari Tok Ngah, kerana selalu dia tidak pulang kerumah waktu rehat tengahari semasa Sam selalu berulang ke Pulau Musang tempuhari.Dia takut meninggalkan bilik pameran tanpa pengawasan jadi dia duduk bersembang dengan Tok Ngah diberanda rumahnya yang berdepan dengan rumah dan bilek pameran Sam dan senanglah dia memantau keadaan.
Tok Ngah telah bercerita berkenaan sejarah Sam yang dahulunya adalah Taukeh besar yang kayaraya dan akhirnya hancur dan sehingga kini terpaksa hidup begini.Tok Ngah yang juga emak saudara Hj Yahya banyak mengetahui semua cerita itu dari Hj Man sendiri. Tok Ngah juga bersimpati kepada Sam yang hidup tidak terurus serta kacau bilau, malah Tok Ngah telah menawarkan cucu saudaranya untuk dikawini oleh Sam supaya hidupnya lebih teratur tapi Sam tetap menolak. Tok Ngah juga amat kagum dengan Sam yang dikatanya amat rajin dan walaupun sudah hampir sepuloh tahun kecar-kacir hal keluarganya, masih lagi tak putus asa dan masih bersama Najwa.
Sam berkata yang dia bukannya baik sangat serta banyak kesilapan dalam menjaga keluarga serta sekarang semuanya telah berkecai semuanya.Sam berkata dia sedang buntu sekarang ini dan meminta agar Wan Anita memaafkannya serta jangan berhenti bekerja sebab masa ini dia amat memerlukan bantuan serta teman untuk berbicara. Wan Anita berkata yang dia akan terus bekerja kerana sudah tahu cerita sebenar dan berkata Tok Ngah pun tahu masalah kesihatan Sam dan meminta Wan Anita membantu supaya semua kerja yang ada sekarang terus berjalan dan ramai penduduk kampung itu menumpang mencari rezeki.
Diakhir perbualan itu Sam memberi amaran supaya Wan Anita berhati-hati kerana dia khuatir yang Najwa akan bertidak membalas dendam serta cuba memburuk-burukkan Wan Anita dan dirinya selepas ini. Sam berkata yang dia sudah amat faham dengan perangai Najwa.

No comments:
Post a Comment