Hari itu Sam mula menebas semak samun dan membersihkan kebun ayahnya.Dia bekerja bersungguh-sungguh sehingga banyak lah kawasan yang dapat dibersihkannya.Semasa menebas kebun, Sam dapat juga melupakan sedikit kenangan pahitnya. Dia berhenti menebas sehingga hari hampir senja. Selepas bekerja, dia merasakan seluruh bahagian badannya berada amat sakit-sakit serta terlalu letih.
Selepas mandi dan makan malam, Sam berasa terlalu letih dan masuk kedalam bilik tidur dan dia terus tertidur.Sam bangun keesukan paginya dan perasan bahawa dia dapat tidur serta tiada mengalami sebarang mimpi yang selalu mengganggunya selama ini. Termenung Sam memikirkan perubahan itu dan akhirnya Sam perasan bahawa akibat dia terlalu letih menebas kebun, dia dapat tidur lena dan tiada bermimpi lagi.
Mulai hari itu Sam bertambah bersemngat membersihkan kebun ayahnya bermula dari awal dari pagi sehinggalah petang.Badan nya berpeluh dengan banyak serta berselera makan. Bila malam menjelang, dia dapat tidur dengan lena serta tidak banyak bermimpi.Hampir dua minggu membersihkan kebun ayahnya sehingga nampak kemas dan tersusun dan amat berbeza dari dahulu.
Bila kerja menebas sudah hampir selesai, Sam bercadang untuk membuat kebun sayur ditanah yang agak kosong ditanah ayahnya itu.Dia ingin meneruskan usaha yang membuatkan diaktif serta penat diwaktu siang sebagai ikhtiarnya untuk menghindari tekanan perasaan yang dihadapinya. Walau pun semua itu sudah berkurangan tetapi dia mahu memastikan dia benar-benar sihat dan cergas seperti dahulu. Itu sahaja.
Sam tahu Najwa akan merasa tertekan serta merasa tidak selesa dengan keadaan itu tetapi dia biarkan sahaja dengan tujuan Najwa tahu hidup susah dan serba kekurangan. Paling tidak pun dia mahu Najwa melihat bertapa azabnya dia jika tidak melakukan tugas yang menjadi kegemaran dan kepakaran Sam yang sebenar, iaitu berniaga.Sam rasakan walaupun Najwa tak berkata-kata atau menzahirkan perasaannya, dia pasti melihat dan merasakan kesusahan yang dialami sekarang.
Sam telah membuat sebuah pondok kecil dikawasan kebun yang dirancangkan yang siap dengan peralatan memasak didalamnya.Mulai hari itu Sam jarang balik kerumah selain berehat dipondok tersebut terutama diwaktu tengahari. Ada juga orang berkata bahawa dia seperti orang tak betul, tapi dia buat tak tahu sahaja kerana dia yang lebih tahu apa tujuan dia berbuat sedemikian, yang penting dia merasa aman dan tenteram.
Sam mula bercadang untuk menanam lada besar setelah keluarganya berkata bahawa tanaman itu amat jarang diusahakan olih orang Melayu.Sam mulai menyemai benih dan membersihkan kawasan. Hanya dengan menggunakan sebatang cangkul dia mencangkul tanah untuk menggemburkan tanah serta membuat batas. Hampir sebulan dia mencangkul tanah serta membuat batas dan akhirnya dia dapat menyiapkan kawasan lebih kurang seekar untuk bertanam lada.
Dalam masa itu Sam merasa bertambah tenang dan sihat serta boleh melupakan sedikit peristiwa pahit yang telah menimpanya. Dia dapat tidur yang secukupnya serta badan yang sentiasa sihat sebab aktiviti berat yang dilaluinya setiap hari.Najwa dan anak-anaknya turut membantu dan ini membuatkan dia lebih bersemangat.Dia sentiasa berdoa agar Najwa akan berubah serta mula mengasihaninya serta memahami siapa dia sebenar.
Dalam masa yang sama Sam juga bertanam jagung serta berbagai jenis sayu-sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dijual. Dengan kepandaian Sam yang telah mencipta satu kaedah racun yang tersediri, maka tanaman lada besarnya amat berjaya serta jauh dari serangan penyakit.

No comments:
Post a Comment