KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Monday, 1 December 2014

BAB 9. SAM MASIH SAKIT.





9.1] Sam merasakan yang dia sekarang sedang menghadapi depression yang agak kuat berpandukan keterangan dan maklumat yang dperolehi dari doktor yang merawatnya dahulu. Sam mengambil keputusan untuk berehat dikampung ibubapanya sementara waktu dan dalam masa yang sama juga dia sentiasa mencari peluang serta idea untuk cuba berusaha dikampungnya itu.

Rais sahabat Sam yang tahu akan kepulangan Sam ke kampungnya sangat terperanjat dengan kejadian yang telah menimpa mereka dan telah memberi sebuah motorsikal untuk Sam gunakan sebagai kenderaan untuk berjalan-jalan serta memudahkan Sam untuk pergi memancing. Dengan kenderaan itulah Sam gunakan untuk mengurus keluarganya dan mencari rezeki dikampung.

Sam masih teringat semua kejadian yang telah menimpa dirinya dan selalu membuatkan dia menjadikan perasaannya amat marah, sedih dan tertekan. Tangannya masih menggeletar dan kepala dan seluruh sendinya sakit dan nyilu. Dengan pergi memancing serta beriadah, sedikit kelegaan dirasainya. Semua masaalahnya itu tidak diceritakan kepada sesiapa termasuk Najwa.

Sebenarnya dia telah berkali-kali cuba memberitahu Najwa bahawa mungkin dia sakit sebelum ini, tetapi akibat dilihatnya Najwa tidak mahu memahami serta seperti tidak peduli, maka Sam sudah malas hendak memberi tahu dia lagi. Sam juga takut hendak pergi kehospital kerana dia telah mendengar bahawa Doktor yang merawatnya dahulu berkata untuk merawat penyakit yang Sam hadapi ini, ianya perlu dirawat dibahagian Saiketeris iaitu bahagian Sakit Jiwa.

Walaupun Sam bukanlah gila atau tidak siuman, ianya mesti dirawat dan mengambil ubat dibahagian itu sahaja jika mahu mengunakan perubatan moden. Apa yang dialami olih Sam adalah akibat kesedihan, marah dan kekeliruan yang melampau. Akhirnya Sam memilih cadangan pertama Doktor tersebut dengan mengamalkan cara hidup sihat untuk mengubati penyakitnya.

Setiap hari Sam akan pergi memancing ikan dan udang disungai yang mana sebahagian hasil tangkapannya dijualnya untuk dijadikan sumber pendapatan keluarganya dan sebahgian dibawa pulang sebagai lauk untuk keluarganya. Walaupun Sam sedikit terhibur dengan aktiviti barunya itu tetapi dia masih teringat dan merasa tekanan terutama waktu malam. Dia amat payah tidur dan fikrannya akan menjadi bertambah kacau, dan selalu dia tidak dapat tidur diwaktu malam.

Apa yang paling menyakitkan lagi apabila Sam tidur, dia akan sentiasa bermimpi semua perkara yang pernah dialaminya sebelum ini. Semua mimpinya seakan benar-benar berlaku serta membuatkan kemarahan serta kesedihannya berulang kembali.Apabila dia terjaga dari mimpinya, dia akan duduk termenung sehingga subuh dan tidak bolih tidur lagi.Walau pun terlalu tidak cukup tidur dan mengalami tekanan Sam masih pergi memancing dan menjual hasil tangkapannya.

Hanya tiga kenangan yang membuatkan dia merasa seronok dan gembira iaitu bila mengingatkan Mala dan Arfah serta Wan. Dia sentiasa terkenangkan mereka tetapi tapi apakan daya, dia tidak berupa untuk pergi melawat mereka.Lagi pun Sam berasa malu kerana kalau dulu dia segak dan kemas, tetapi sekarang dia kurus dan bertambah gelap serta berserabai.

No comments:

Post a Comment