KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 3 December 2014

SAM TETAP BERUSAHA

9.8] Malam itu Sam tidak dapat tidur dengan lena kerana dia kerap bermimpi semua kejadian yang telah berlaku kepadanya. Dia kerap terbangun serta duduk termenung sehinggalah kewaktu Subuh. Bila fajar menyinsing, Sam telah pergi dengan berkayuh basikal pergi kesebuah kedai kopi dan bersarapan. Akibat kelaparan, dia telah makan dengan banyaknya sehingga ada seorang pelanggan kedai itu berseloroh dengannya berkata bahawa Sam baru mendarat dari Pulau Bidong yang bermaksud dia itu pelarian Vietnam. Sam tersenyum sambil menjawab yang dia memang amat lapar kerana isterinya lari dari rumah.

Selepas bersarapan, Sam telah pergi kerumah Hj Yahya dan sebaik melihat Sam, Hj Yahya amat terkejut serta mempelawa Sam naik kerumahnya serta bertanya kenapa Sam datang kerumahnya awal pagi begini. Sam menceritakan bahawa dia telah lari dari rumah ibubapa Najwa kerana sudah tidak tahan dengan kerenah mereka dan berkata mulai hari ini Sam telah mengambil keputusan mukhtamad iaitu tidak akan lagi mengikut segala kehendak Najwa dan keluarga, walau apapun terjadi. Dia sudah serik dan putus asa.

Hj Yahya yang dari dahulu mengetahui kisah Sam itu memarahinya kerana terlalu berlembut serta megikut semua kerenah mereka sehingga menjadi susah sebegini. Dia juga berkata bahawa sekiranya Sam terus bersama mereka, mungkin Sam akan terus menderita serta tidak akan maju sampai bila-bila. Hj Yahya juga berkata bukan itu sahaja, mungkin juga Sam akan menjadi gila. Sam mengakui kata-kata Hj Yahya itu. Hj Yahya juga menyokong tindakan Sam menyewa rumah kosong Tok Ngah kerana amat sesuai untuk Sam berusaha dan bangun semula dan dia berjanji yang dia akan membeli hasil keluaran Sam nanti.

Sam meminta dari Hj Yahya bantuan modal sebanyak RM 2,000.00 pada pagi itu sebagai permulaan modal untuk dia mula berniaga semuala dan tanpa berlengah terus mengambil wang serta memberikan kepada Sam dan berkata, sekiranya tidak mencukupi, dia bolih memberi lagi. Sam berkata itu semua sudah mecukupi dan meminta Hj Yahya membelikan seberapa banyak kain putih untuk dia memulakan kerjanya. Hj Yahya bersetuju dan meminta Sam bersabar dan tabah, dia berkata bahawa Sam bolih berjaya dengan cepat kerana sudah amat berpengalaman serta bolih menghasilkan pengeluaran yang sentiasa mendapat pasaran yang baik.Haji Yahya juga akan memberitahu sahabat-sahabat lain untuk mula membeli serta memasarkan pengeluaran Sam.

Setelah membayar baki deposit sewaan kepada Tok Ngah, sam pun membeli sebuah dapur minyak tanah, periuk kecil,cawan dan gelas serta peralatan dapur sekadar yang ada. Selain itu Sam membeli bahan sedikit bahan memasak untuk kegunaannya.Mulai hari itu Sam tahu semuanya terpaksa dibuat sendirian dan dia akan cuba berjimat dengan memasak sendiri.Sam mula membersihkan bawah rumah yang dirancangkannya untuk membuat batik disana.

Hari itu juga Sam telah pergi kebengkel besi dan menempah beberapa peralatan memproses kain batiknya dan tuan punya bengkel besi yang sudah biasa dengan Sam berjanji akan membuatkan semua yang Sam tempah akan siap dalam masa dua hari sahaja.

Petang itu, Sam telah pergi kerumah jiran barunya yang berada dibelakang rumahnya, Zaidi namanya. Rumah Zaidi betul-betul berada ditepi sungai besar yang juga berada tidak jauh dari rumah yang Sam sewa. Sam meminta Zaidi mencarikan dia 2 orang pekerja wanita yang sudi bekerja dengannya dan juga meminta Sam membuat tempat membasuh dan merebus kain ditepi sungai itu.

Zaidi bersetuju dan sedia membantu Sam serta meminta kerja sebagai tukang rebus dan pembasuh kain dari Sam, dan Sam bersetuju. Malam itu juga telah datang bertemu Sam dan memberitahu bahawa dua pekerja wanita yang Sam kehendaki telah ada dan Sam pun menyuruh mereka datang untuk bekerja dua hari lagi.

Setelah semua peralatan dan bahan mentah yang dibeli Sam secara yang ala kadar sahaja, serta dengan sedikit kain yang dibekalkan olih Hj Yahya, Sam pun memulakan kerjanya dibawah rumah itu dengan dibantu olih dua orang pekerja yang dicarikan olih Zaidi itu.Sebenarnya salah seorang pekerja itu adalah anak saudara Zaidi yang bernama Ros dan seorang lagi bernama Ara iaitu sahabat karib Ros.



No comments:

Post a Comment