Sam bercadang untuk mula semula perniagaannya seperti masa mula-mula dia datang ke Pulau Rusa dahulu, dia yakin kerana sekarang dia masih mempunyai modal untuk memulakan lebih baik dari dahulu, tapi bila mengenangkan Najwa yang terlalu melampau serta berani bertindak diluar batasan lagi maka dia tak sanggup lagi untuk berusaha disana.
Sam pergi keMarang dan berehat selama 2 hari disebuah resort disana untuk mententeramkan dirinya sambil berfikir.Selepas itu dia kembali ke Pulau Rusa dan meminta salah seorang pekerjanya untuk memanggil Wan Anita supaya datang berjumpa dengannya, dan tidak lama selepas itu Wan Anita pun datang dengan ditemani oleh seorang kawannya Anna.
Sam dan Wan berbincang untuk memulakan perniagaan semula, tetapi akhirnya mereka mengambil keputusan bahawa rancangan itu tidak mungkin boleh dilakukan lagi kerana ianya mungkin dikacau oleh Najwa lagi. Wan Anita juga berkata bahawa Najwa sekarang sudah berani datang kejiran rumah Wan Anita dan dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana kebelakangan ini jirannya itu mula memandang semacam kepadanya. Kalau dahulu bertegur sapa, tapi sekarang sudah tiada lagi.
Sebelum ini Najwa memang tidak pernah datang kePulau Rusa atau berbaik dengan orang disini dan ternyata selepas bercerai, dia amat kerap bertandang kerumah disekitar tempat Sam membuat kerja. Wan Anita juga berkata dia takut pihak keluarganya terhasut dan mungkin mereka akan memarahi serta menghalang Wan Anita untuk keluar atau berjumpa Sam.
Sam meminta masa untuk dia berfikir dan cuba memikirkan langkah yang terbaik. Malam itu Sam merasakan dirinya terlalu lemah serta tidak mampu berfikir lagi. Tangan dan seluruh badannya menggeletar dan dada dan kepala nya amat sakit.Nafasnya sebak. Tiada sesiapa yang ada untuk dia meminta tolong. Dia amat takut untuk memakan ubat yang selalu digunakan, tetapi dalam keadaan seteruk itu, dia takut untuk memakannya.
Akhirnya Sam dengan berjalan kaki telah pergi kejalan besar dan akhirnya dapat menumpang sebuah motor dan meminta dihantar kehospital. Selepas doktor memeriksa Sam, didapati Sam mengalami Depression yang amat teruk. Menurut doktor, Sam bernasib baik kerana mempunyai ketahanan mental yang kuat, itu sebab sehingga badan hampir lumpuh atau tak berdaya tapi masih waras. Kata doktor lagi, jika otak orang yang lemah, mungkin sudah gila tetapi badan mereka kuat atau segar.
Memandangkan waktu malam begitu, dan sam masih waras, dia ditempatkan diwad pesakit lelaki biasa sahaja dan Sam disuruh bertenang dan berehat untuk beberapa hari disana sambil makan ubat penenang.
Esuknya doktor Pakar telah datang memeriksa Sam dan bersetuju dengan lapuran awal doktor yang memeriksanya malam tadi, Sam terselamat kerana mempunyai ketahanan mental yang kuat tetapi badan akan terlalu sakit dan lemah. Dalam masa itu dia bertanya apa masaalah yang sedang dihadapinya dan Sam menceritakan semua perkara. Doktor itu meminta nombor talipon Najwa kerana ingin meminta dia membenarkan anak-anak Sam datang melawat Sam disitu.
Pada lawatan waktu petang, doktor itu berkata bahawa dia telah didatangi olih Najwa tetapi dia tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa Sam dan selain itu dia terus memburuk-burukkan Sam kepada doktor itu.Selain itu dia berkata bahawa Sam hanya berpura-pura. Doktor itu berkata bahawa Najwa amat kuat berdendam serta kurang bertimbang rasa dan dia meminta maaf kerana tiada dapat membantu. Sam yang kesepian serta tiada sesiapa langsung yang melawatnya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment