KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.9] Sam bertanya kepada Alias apakah sebab Razali sampai berdendam dengannya sedemikian rupa kerana kata pemuda yang berjumpa dengannya berkata semua ini berpunca sebab Sam baik sangat dengan Alias sekeluarga. Akhirnya Alias menyatakan mungkin ada dua sebab Razali amat marah kepada Sam iaitu yang pertama ialah takut Rahsia jenayahnya terbungkar dan kedua mungkin cemburu kepada Sam dan Ijah. Sam masih tidak faham dan bertanya jenayah apa yang dimaksudkan Alias itu.
Alias pun menceritakan bahawa dia telah terlibat mengambil upah membakar 3 buah bas disuatu tempat kerana diupah olih Razali dengan janji upah sebanyak RM 500.00 sekiranya telah selesai semua tugas. Alias telah membakar bas-bas tersebut tetapi Razali hanya member upah sebayak RM 50.00 sahaja serta sedikit beras dan bahan makanan lain. Alias juga berkata bahawa kakinya sebenar masih bolih berjalan walaupun sakit akibat gout tetapi akibat takut ditangkap polis maka dia terus berpura-pura sakit teruk.
Satu lagi berkenaan Razali cemburu kepada Ijah dan Sam adalah kerana Razali ingin memiliki Ijah dan berjanji kepada Alias akan membuatkan sebuah rumah yang lebih baik dari pondok Alias. Razali tahu Ijah tiada dokumen pengenalan diri jadi merancang untuk menjadikan Ijah sebagai perempuan simpanan sahaja. Walau bagaimana pun Alias masih belum bersetuju dengan rancangan Razali itu.
Barulah Sam faham akan perkara sebenar dan dia merasakan hal ini sudah amat rumit serta amat merbahaya. Dia juga sudah terlintas kesukaran serta merbahayakan perniagaannya juga. Semua itu disuarakan olih Sam kepada Alias mengakuinya. Alias berkata sesuatu mesti dilakukan kerana dia amat pasti bahawa Razali akan tetap melakukan apa yang disudah rancang seperti yang diberi orang suruhannya tadi. Alias juga berkata bahawa orang suruhan Razali itu tadi sudah berpaling tadah kerana mungkin mereka hendak mencari makan dengan memihak Sam pula, kerana mereka juga sering ditipu olih Razali.
Setelah berbincang, Alias telah meminta Sam berjanji kepadanya untuk terus menjaga Isteri dan anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku keatas dirinya. Sam juga ditawarkan Ijah untuk diambil sebagai isteri atau apa jua yang Sam fikirkan sesuai dan patut, tetapi dengan tetap menjaga mereka.Sam terperanjat dan bertanya kenapa Alias berkata begitu dan Alias berkata bahawa dia akan menyekat Razali dengan memenggal kepalanya malam ini juga. Dia juga meminta wang sebanyak RM 200.00 untuk melarikan diri keUtara. Sam tidak bersetuju dan termenung sejenak dan semua terdiam. Semua muka keluarga Alias Nampak seperti ketakutan kecuali anak yang paling kecil yang telah tertidur dipangkuan emak Ijah.
Alias berkeras untuk bertindak sedemikian kerana itu sahaja cara nak menghalang Razali tetapi Sam bertanya kepada Alias dari siapakah Razali mengambil upah untuk mebakar bas tersebut, maka Alias berkata dari sebuah syarikat bas lain yang dipunyai olih orang ternama juga.Mendengar penjelasan alias itu Sam berkata semua yang Alias rancangkan itu tak akan menyelesaikan masaalah kerana mungkin akan mengakibatkan lain akan bertindak membalas demdam kepada Alias sekeluarga dan juga pada Sam serta perniagaannya.
Akhirnya Sam meminta Alias bertenang dan mengikut rancangannya jika Alias benar-benar percaya kepadanya. Alias yang kebingungan bersetuju mengikut. Sam berjanji bahawa Alias tidak akan ditangkap atau terhukum kerana kesalahannya dan akan menolong seluruh keluarganya membina kehidupan baru
Ki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment