3.3] Sebaik sahaja Sam menyatakan bahawa dia telah mengetahui bahawa anak itu adalah anak Azizan, Rokiah senyap seketika dan akhirnya berkata bahawa kenapa Sam berkata begitu dan menuduh Sam cuba mencari helah untuk tidak mahu bertanggung jawab. Sam merasa marah dan kecewa dengan sikap Rokiah yang telah terang-terang cuba menipunya.
Sam bertanya kepada Rokiah , kenapa dia masih sanggup menipu dia sedangkan selama ini dia dan Rokiah amat baik dan dia sentiasa melayannya dengan baik disamping memberitahu bahawa semua cerita dia mengandung anak Azizan telah didengarnya dari pihak keluarganya sendiri.Rokian tidak berkata apa-apa lagi dari tadi.Sam juga memarahi Rokiah yang seperti cuba memerangkap dia sebegitu rupa.
Rokiah terus terdiam.Sam amat marah dan menyatakan kepada Rokiah, sekiranya begitulah sikap Rokiah yang sebenarnya dia bukan sahaja tidak mahu berkahwin, malah berkawan pun tidak mahu lagi. Sam terus menghempaskan talipon. Sam tersandar dikerusi pejabatnya, termenung. Talipon berbunyi lagi, ternyata Rokiah dan merayu Sam agar membantunya. Sam menyatakan bahawa dia sekarang pun dalam kesusahan dan tidak dapat membantu. Rokiah marah dan cuba mengugut Sam bahawa dia akan memberitahu Najwa akan perhubungan mereka. Sam dia berkata bahawa tak kisah apa yang Rokiah nak buat kepadanya atau apa yang Rokiah nak cakap. Talipon diletakkan.
Sam memanggil Wan yang kebetulan berada didalam bilik pameran sedang menggantung kain-kain disana. Wan datang dan Sam meminta dia duduk dihadapannya dan berkata meminta tolong untuk kawankan dia seketika kerana dia sedang kusut fikiran. Wan bertanya kepada Sam kenapa dia Nampak amat kusut dan seperti orang sedang bermasaalah. Sam bercerita hal dia dengan Rokiah dan Wan agak terperanjat, tapi dia sudah menyangka bahawa Sam memang ada perempuan di Kuala Lumpur kerana dia selalu juga menerima panggilan dari perempuan semasa Sam tiada dipejabat.
Anggapan Wan juga bahawa Sam telah mempunyai isteri lain, memandangkan krisis Sam dengan Najwa sekeluarga. Sam menafikannya dan memminta mulai hari ini dia mesti mengangkat semua panggilan talipon dan sekiranya Rokiah yang talipon, dia suruh Wan buat dan cakaplah apa helah yang patut dilakukan sebab dia sudah tidak mahu bercakap dengan Rokiah lagi. Sejak hari itu Sam tidak lagi menjawab talipon selain Wan yang menjawabnya dan jika pelanggan barulah Wan memberikan kepada Sam. Selalu juga Wan menerima panggilan dari Rokiah tetapi mulai senyap. Tapi Wan berkata pada Sam, yang satu hari Najwa berada dan talipon berbunyi dan Najwa menjawabnya kerana masa itu Wan berada diruang proses.
Dia berkata Najwa berbual dengan agak lama juga serta mimic muka yang seperti marah tapi butiran percakapan tidaklah diketahui.Wan risau Najwa telah mengetahuinya dan Sam berkata bahawa dia tak kisah lagi apa yang hendak berlaku kerana dia sudah terlalu azab dan tersiksa. Pernah suatu hari Sam pergi keKuala Lumpur untuk menghantar tempahan Uniforam yang ditempah dan malamnya dia menalipon Najwa menyatakan dia akan pulang malam itu juga dan mungkin akan sampai pada subuhnya. Najwa telah memarahi Sam dan menuduh dia sekarang Sam sedang membuat maksiat bersama Rokiah.
Walau pun perhubungan Sam dan Najwa amat teruk, tetapi Sam tidak pernah mmengabaikan keluarganya. Dia sentiasa melayan serta sering membawa mereka beriadah dan memenuhi segala keperluan mereka. Malah kalau pasal berkemas dan membersihkan rumah tangga adalah kegemaran Sam. Memasak juga kegemaran Sam dan dia sentiasa melayan anak-anaknya. Kiriman Pr
No comments:
Post a Comment