1.12] Selepas itu itu perangai Yusri bertambah teruk menghina dan memaki Sam. Suatu hari sedang Sam dan perkerjanya bekerja dibengkel dibelakang rumahnya, Yusuf datang kebengkel tersebut sambil memaki dan menghina Sam. Selain itu dia seperti mencabar Sam bergaduh. Sam amat keliru tetapi dia masih berdiam diri.
Semua pekerja yang ada juga kebingungan dengan perkara yang berlaku. Sam masih buat tak tahu, tetapi setelah Yusri menghina ibu bapa Sam sambil meludah-ludah maka tahap kesabaran Sam amat tercabar. Dia telah pergi mendekati Yusri dengan keadaan marah. Ingin rasanya dia menumbuk Yusri tetapi dia malu dengan pekerja yang ramai serta sedar dia perantau disitu. Dia pun berpaling dan ingin masuk kedalam bengkel semula. Tanpa disedari sebiji penumbuk Yusri hinggap ketengkuknya. Secara spontan Sam pun membalas tumbukan itu dengan libasan kakinya yang hinggap keperut Yusri.
Pergaduhan pun berlaku dan semua pekerja panic dan melarikan diri. Dalam masa pergaduhan tersebut, Yusri ada menyebut bahawa Sam telah mengambil duit Najwa sebanyak RM 1500.00. Pergaduhan berterusan sehingga jiran serta ibu Najwa datang meleraikan mereka. Najwa yang berada dalam bengkel menangis dan panik. Setelah dipisahkan dan dibawa kearah yang berlainan, dan jauh dari bengkel itu, semua perkerja memulakan kerja semula sambil berbisik serta mengelengkan kepala. Najwa yang tadi menangis telah masuk kedalam rumah.
Sam masuk kedalam biliknya dan tidak keluar lagi selepas itu. Yusri telah pergi dengan motornya. Selepas Maghrib malam itu, pintu Sam diketuk dan bila Sam membuka pintu maka dilihatnya Ibu Najwa yang ada didepannya. Ibu Najwa pun masuk kedalam bilik dan meminta Sam meninggalkan rumahnya. Selain itu dia juga berkata bahawa dia dan ayah Najwa tak mahu dia terus tinggal di Negeri Trengganu. Sam mesti balik ketempat asalnya dan tidak bolih membuat sebarang usaha nak membuat batik dinegeri itu. Dia juga diberi amaran keras supaya tidak menghasut pekerja untuk bekerja ditempat lain. Selepas itu ibu Najwa memberikan wang sebanyak RM 500.00 sebagai saguhati untuk Sam mengikut segala yang dikatakannya.
Olih sebab Sam tiada mengambil gaji serta upah maka memang dia tidak memegang wang sendiri. Semua nya di kawal olih Najwa dan keluarganya. Dia mengambil wang tersebut lalu berkemas dan terus keluar dari rumah itu. Dengan keadaan amat sedih dan keliru dia berjalan keluar dari kampong itu dan menahan sebuah beca untuk pergi keBandar Trengganu. Sesampai di Kuala Trengganu dia menyewa sebuah bilik hotel untuk bermalam. Semasa dilobi Hotel dia menalipon rumah Najwa dan disambut olih ibunya lalu memberi Sam bercakap dengan Najwa. Sam memberitahu bahawa dia sekarang berada di Hotel Bunga Raya serta member tahu nombor biliknya.Sam juga meminta Najwa datang berjumpanya tapi Najwa berkata dia amat takut sekarang dan mungkin tidak bolih datang.
Olih itu Sam meminta Najwa menghantar orang lain untuk mengambil sepucuk surat yang telah ditulisnya semasa didalam bilik petang tadi. Lebih kurang sejam selepas itu, sepupu Najwa yang tinggal berjiran telah datang untuk mengambil surat tersebut. Man nama sepupu Najwa itu. Dia menasihatkan Sam agar bersabar dan dia amat simpati, tapi dia tak tahu punca sebenar. Jadi dia tak bolih nak berkata apa-apa. Dia juga merasa amat pelik kerana pada pandangan dia tidak ada perkara tak baik yang Sam buat selama ini, malah perniagaan bertambah maju serta nama keluarga Najwa telah amat terkenal diseluruh pengusaha Batik Trengganu disebabkan projek yang Sam lakukan. Man mengambil surat itu dan terus pulang. Kirim
No comments:
Post a Comment