8.6] Bila waktu malam Sam jarang keluar sekarang dan hanya banyak duduk dirumah serta bermain dengan anak-anak serta menonton TV. Dalam masa itu Sam mula merasa bosan dan tertekan kerana sudah lama dia tak dapat bekerja serta pendapatannya mula berkurangan.Nak harapkan hanya keuntungan dari agen-agen pengedarnya mungkin keadaan ekonominya akan terjejas kerana mungkin hanya cukup untuk dia bertahan sahaja, tapi tiada lebihan. Tiada apa yang dapat dia lakukan.
Dalam pada itu Najwa masih lagi seperti biasa dengan keadaan yang seperti mencemburui Arfah serta masih bermuka tegang. Pernah Sam merayu supaya berubahlah dan tolong dia menangkan diri serta memberi semangatnya kerana sekarang dia amat tertekan disebabkan kejadian yang menimpanya sekarang. Sam meminta Najwa memahami apa yang sedang dialaminya sekarang dan meminta Najwa memberhentikan tingkah lakunya yang menyakitkan hati itu.Namun semuanya masih begitu juga.
Suatu hari sahabat Man yang menyewakan kereta itu datang kerumah Sam meminta bayaran sewaan kereta yang Sam pakai itu. Sam amat terperanjat kerana sepatutnya Man yang membayar semua tanggungan itu, tetapi kata sahabat Man itu, bahawa Man tidak memberinya sebarang bayaran atau berkata apa-apa selain hanya menyatakan bahawa Sam yang ingin menyewa kereta itu. Sam amat marah berkenaan perkara itu tetapi membayar sebanyak RM 1500.00 bagi kos sewaan selama 2 minggu yang telah diminta olih pemilik kereta itu.Sam masih mahu menggunakan kereta itu kerana ingin mencari Man dan menyelesaikan semua masaalah.
Sam amat marah serta terus pergi kerumah Man tapi dia dikatakan telah pergi berniaga diKedah. Masa itu Sam merasa hairan kenapa Man berniaga disana sedangkan dia masih belum mengarahkan dia berbuat demikian. Man sepatutnya hanya berniaga di kawasan Lumut sahaja seperti yang telah diarahkan. Isterinya juga berkata bahawa Man pergi bersama adiknya dan dia tidak tahu dimana suaminya berada seharang kerana tidak memberi tahunya.
Pada petang itu Sam telah pergi berjumpa dengan salah seorang Egennya yang berniaga di Kawasan Kuala Kangsar dan bertanya dimanakah Man berada sekarang. Egennya itu berkata bahawa dia tidak tahu, tetapi baru dua hari lepas Man ada datang menghantar stok barangan perniagaan dan berkata bahawa Sam sekarang tak boleh berniaga lagi sebab sudah tiada Van kerana telah ditarik oleh pihak Bank.Man juga berkata bahawa dia sekarang bertindak sebagai pembekal kepada semua agen olih pihak di Kuala Lumpur. Sam yang amat marah mendengar perkara itu mula mengesaki bermacam-macam kemungkinan yang bersangkutan kes kemalangan Van nya itu.Patutlah selama seminggu ini hanya 2 orang sahaja egennya yang datang mengambil stok dan jualannya amat berkurangan sekarang.
Sekembali kerumah, Sam hanya berdiam diri dan hanya termenung dan Arfah yang perasan perkara itu bertanya kenapa Sam nampak terlalu berlainan serta seperti orang resah dan susah hati.Sam menafikan tetapi selapas didesak olih Arfah ahirnya Sam memberitahu bahawa dia dalam masalah yang amat besar sekarang dan melibatkan perniagaan yang sedang dijalankannya sekarang. Arfah yang keliru terus bertanya sebabnya
Sam tidak menjawap soalan Arfah, sebaliknya bertanya pula akan perhubungan Arfah dengan Man dan kenapa Man menghantarnya bekerja dengannya. Arfah berkata mengapa Sam berkata begitu dan adakah dia telah berbuat salah. Sam berkata dia hendak tahu kenapa Man menghantar dia bekerja dengannya.Arfah berkata yang dia langsung tak mngenali Man tetapi ibunya yang bekerja sebagai pembantu jualan dipasar malam adalah teman baih isteri Man dan dialah yang memberitahu bahawa Sam memerlukan pembantu. Arfah juga tak pernah kenal dengan isteri Man sehinggalah dia bertemu semasa mereka mengambil Arfah dirumahnya untuk menghantarnya kerumah Sam, itu sahaja. Setelah Sam bertanya dan mendesak akhirnya Arfah menangis dan bersumpah dia bergakap benar.
Najwa yang kebetulan baru keluar dari bilik tidur bertanya apa yang telah berlaku.Sam pun menceritakian semua yang terjadi dan serta menyatakan bahawa kemalangan Vannya itu seperti rancangan jahat Man bagi mensabotaj perniagaannya. Najwa dan Arfah amat terkejut dan Arfah menafikan bahawa dia tahu semua itu, tapi Man dan Isterinya hanya pernah berkata bahawa Sam bakal menjadi Jutawan sekiranya nya rancangan Sam berkembang keKedah telah terlaksana, itu sahaja yang dia tahu.
Malam itu Sam amat tertekan serta dia menggigil kedua-dua tangannya serta sakit kepala dan sendi yang agak teruk.Najwa telah masuk tidur dan Arfah masih berada diruang tamu, termenung dan sambil menonton TV. Dia juga berpeasan jika Sam hendak air atau apa yang perlu dimakan, dia akan buatkan dan meminta Sam berehat dahulu.

No comments:
Post a Comment