KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.11] Satu hari Abang Najwa [ Yusri ] memasuki bilik tidur Sam sambil bertanyakan Guitarnya yang disimpan disitu serta mengambil beberapa barangan peribadi beliau untuk disimpan dibiliknya yang berada ditingkat atas rumah itu. Sebenarnya bilik dibawah tangga itu adalah bilik tidur Yusri sebelum Sam datang dan tinggal dibilik tersebut. Sam membantu dia berkemas dan menyimpan barangan Yusri.

Selepas siap berkemas, Yusri mempelawa Sam sebatang rokok tapi Sam menolak kerana dia sudah ada rokok. Yusri pun duduk bersembang dengan Sam sambil bertanyakan hal keluarga Sam. Sam menceritakan bahawa keluarganya adalah petani sahaja dan dia mempunyai 10 orang adik beradik dan dia yang Sulong. Lain-lain adik beradiknya masih sekolah. Sam juga dia telah meninggalkan sekolah kerana amat minat dengan Lukisan dan mencari rezeki dengan kemahiran nya itu sahaja.

Dia juga menceritakan hal dia dan sepupunya Amir yang telah membuka perniagaan seperti di Kuala Lumpur serta menceritakan yang dia ingin merantau ke Trengganu sebab nak belajar Agama sambil mencari rezeki. Selepas habis bercerita hal keluarga dan sejarah hidup, Sam pun memulakan cerita tentang hasrat dia yang ingin memperisterikan Najwa dan juga rancangan keluarganya yang akan merisik dan meminang.Yusri hanya mendiamkan diri sahaja. Sam juga meminta tolong agar berita itu disampaikan kepada ibu dan bapanya. Yusri menyatakan bahawa dia akan sampaikan dan kemudian dia beredar.

Selang beberapa hari dari hari dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan Najwa, seluruh keluarga itu berkelakuan amat pelik. Ayah Najwa sentiasa bermasam muka dan tabiatnya melarikan diri dengan pinggan makanan jika Sam ingin makan bersama amatlah ketara. Ibu Najwa juga begitu, amat ketara kemesraannya serta tidak lagi selalu memperlawa Sam minum dan makan seperti biasa. Yusri lagi teruk , dia mula menyindir dan berkata kasar kepada Sam, tetapi Najwa masih seperti biasa. Sam benar-benar keliru dan sentiasa mencari sebab kenapa mereka berubah sedemikian rupa.

Sam masih lagi meneruskan kerja kerasnya dan kerana dia bersusah hati, dia selalu bekerja sehingga larut malam dan kekadang sampai kesubuh. Yusri masih lagi berperangai pelik malah lebih kurang hajar. Kata-kata menghina Sam amat ketara dan pernah juga dia menyatakan Sam adalah pedagang tak sedar diri. Dia juga kerap memaki Sam dan lain-lain bahasa yang kesat dan kasar. Sam amat sedih dan keliru tapi dia tetap bersabar dan mencari punca dan kesalahannya.

Ahkirnya Sam perasan bahawa perisatiwa ini berlaku selepas dia menyatakan hasrat hatinya kepada Yusri semasa didalam bilik. Sam mula faham tapi masih bersabar. Kadaan Yusri seperti orang hilang akal, dengan keadaan muka yang bengis serta renungan mata yang menunjukkan kebencian yang amat sangat. Tiba-tiba terdengar berita Mak Anjang Sam telah sampai ke Trengganu dan Sam menjemput mereka distaesyen bas lalu membawa mereka kerumah Najwa .

Najwa yang amat kenal dengan mereka amat mengalu-ngalukan kedatangan mereka termasuk kakak dan abang iparnya. Mesra, tetapi ibu dan Ayah Najwa agak dingin dan selalu melarikan diri. Yusuf langsung tak kelihatan. Mereka bolih dikatakan macam tidak peduli kedatangan Mak Anjang sehingga mak anjang berungut kepada Sam melahirkan rasa tak puas hati sambil menyindir, “ Begini kah adat orang Trengganu?”. Sam hanya berdiam sahaja.Tanpa sebarang rundingan. Mak Anjang balik semula kekampung. Sam amat bersedih dan masih meneruskan kerjanya.

No comments:

Post a Comment