KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

4.13] Sepanjang perjalanan kerumah Alias, Sam menangis serta amat sedih memikirkan semua yang dialaminya. Dia sendiri amat pelik memikirkannya serta kekadang dia terasa semua ini tidak adil bagi dirinya. Terlalu perit apa yang ditanggungnya. Dalam masa itu Sam seperti ingin memanggil Wan untuk menemaninya supaya dia dapat meluahkan perasaan hatinya seperti dahulu. Dia masih terasa Wan mengusab rambutnya sambil berkata, Sabarlah Sam, suatu hari kebenaran akan terserlah jua, Cuma kita tidak tahu apa caranya yang Allah tentukan. Dia juga masih terlihat air mata Wan yang mengalir bila mendengar segala rintihan hatinya. Terasa sangat dihati Sam bahawa ada insan yang bersama menghayati kesusahan dan penderitaan hatinya. Sebaik sahaja Sam sampai kerumah Alias, dilihatnya semua telah bersiap sedia dan berpakaian kemas. Setelah mengisi semua barangan keperluan, mereka pun semua menaiki Van dan menuju ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, semua yang dewasa senyap melainkan anak-anak kecil Alias yang sentiasa bermain sambil melihat kekiri dan kekanan sepanjang perjalanan. Dipertengahan perjalanan Sam menalipon sahabatnya dan meminta seorang sahabatnya yang berada diCheras untuk mencarikan sebuah rumah sewa yang sederhana untuk persediaan jika dia sampai ke kuala Lumpur nanti.Sahabatnya berkata dia ada sebuah rumah kosong yang bolih Sam gunakan. Sam sampai ke Kuala Lumpur dan menempatkan keluarga Alias dirumah yang dimaksudkan olih sahabatnya itu. Sam telah melengkapkan semua keperluan makanan untuk mereka semua. Sam pun menemui beberapa sahabatnya disana untuk membincangkan untuk meminjam kereta sekiranya dia ingin balik kekampung kerana dia tidak mahu menggunakan Van yang dipakainya kerana orang amat mudah mengenalinya. Setiap hari Sam akan menalipon inspector Azizi untuk mengetahui perkembangan kes itu. Sekarang sudah masuk hari keempat, Razali masih belum mengaku serta belum mendedahkan siapa yang lain yang turut terlibat walaupun pihak polis telah mendapat maklumat jelas bahawa Razali telah menerima wang sebanyak RM 15,000.00 melalui penyata akaunnya yang tercatit sebelum kejadian Bakar Bas tersebut. Akhirnya pada hari keenam, Razali mengaku serta membongkar semua yang terlibat. Pihak polis mengambil masa 4 hari untuk memberkas kesemua 8 orang yang terlibat, termasuk tuan punya sebuah syarikat bas. Kedua pemuda yang menahan Sam serta membocorkan rancangan Razali juga ditahan tapi mereka mungkin akan dilepaskan kerana berperanan sebagai pembeli guni-guni yang akan digunakan sebagai alat untuk membakar bas tersebut.Kata Inspektor Azizi mungkin kedua orang pemuda itu akan dilepaskan kerana mereka membeli guni-guni itu dan menghantar kerumah Razali dengan tanpa tahu akan tujuan sebenar untuk apa ia kan digunakan dan mereka tiada berada ditempak kejadian. Sam telah diminta untuk membawa Alias untuk melakukan kawad cam kepada semua lima yang lain yangsecara tidak langsung terbabit samada yang membawa dan megambil dia ditempat kejadian dan mereka yang menunjukan tempat yang akan dilakukan jenayah.Tuan punya syarikat bas itu tidak dikenali olih Alias, Cuma Razali sahaja Yang mengenalinya dan dialah yang memberi upah untuk melakukan jenayah itu.Alias yang bertindak sebagai orang yang membakar bas tersebut hanya bertindak sebagai saksi polis sahaja. Akhirnya kes itu dapat diselesaikan selepas seminggu mereka semua ditangkap dan pendakwaan telah dibuat.Alias dan keluarga terus menetap di Cheras dan bekerja disana. Alias sebagai Jaga, Ijah bekerja dikilang Botol, Adik lelaki Ijah bekerja dipusat membasuh kereta dan ibunya membantu memasak sahabat Sam yang berniaga kedai makan. Akhirnya setelah 2 minggu bersama keluarga Alias, Sam pun meninggalkan mereka dan pulang kekampung untuk menemui keluarganya.

No comments:

Post a Comment