KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

4.12] Lelaki itu menyatakan bahawa dia adalah kawan baik Alias dan juga kekadang buat jahat juga bersama Alias. Subuh tadi dia menerima berita dari sahabatnya yang menyatakan Razali telah ditangkap polis dan mereka syak ianya berhubung kes bakar bas itu. Kawannya yang memberitahu dia perkara itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena setelah mengetahui bahawa Alias tidak kena tangkap. Semua pengikut Razali tak puas hati serta akan membalas dendam kepada Alias. Selain itu mereka juga mengaitkan Sam kerana keakraban Sam dengan Alias telah diketahui ramai. Lelaki itu datang hanya untuk member amaran agar Sam dan Alias mencari ikhtiar menghindari masaalah itu. Selain dari itu, lelaki itu berkata, mungkin juga pihak yang mengupah Razali juga akan bertindak kepada Sam dan Alias. Sam terkedu mendengar berita itu dan kepalanya bertambah berat. Lelaki itu meminta diri dan Sam sedekahkan RM 50.00 kepadanya sebagai ucapan terima kasih dan berharap sekiranya ada yang penting lagi, dia akan sedia membantu. Sebaik sahaja lelaki itu beredar, Sam masuk kepajabatnya dan duduk termenung seketika sambil diperhatikan olih Najwa dengan pandangan sinis. Dia perasan itu semua tapi dia tak mampu lagi untuk berdepan dengan Najwa selain menumpukan fikiran kepada masaalah Alias sahaja. Selepas itu Sam pergi kerumah Alias dan dilihatnya Alias sedang duduk termenung dipangkin pondoknya seperti orang yang kusut fikiran. Isterinya dan Ijah serta adik lelakinya juga ada bersama serta riak muka mereka pun sama, sunggul. Sam bertanya hal lelaki yang datang berjumpanya tadi dan Alias pun mengakui bahawa dia pun telah mendengar berita itu. Rupanya lelaki itu adalah saudaranya dan juga kenal dengan Alias. Alias berkata kepada Sam, bahawa mereka semua berada dalam keadaan bahaya. Sam bersetuju dan berkata dia akan tetap membantu Alias sekeluarga serta memastikan semuanya selamat.Sam menyuruh semua mereka berkemas serta membawa semua barangan keperluan kerana menurut Sam mereka terpaksa berpindah demi keselamatan. Mereka bersetuju. Sementara mereka berkemas, Sam telah pergi keBalai Polis untuk memaklumkan semua perkara serta meminta pihak polis memantau rumah dan keluarganya seperti yang dijanjikan sehingga semua kes itu selesai. Sam pulang dari Balai Polis dan terus menuju kerumahnya bagi mengambil sedikit barangan keperluan serta sedikit pakaian untuk dibawa bersama.Sebaik sahaja dia tiba dirumahnya, dilihatnya ibunya berada disitu dan apabila melihat Sam, dia terus memarahi Sam dengan menuduh Sam telah naik gila dan hilang akal kerana tergila-gilakan Ijah. Dilihatnya Najwa dan anak-anaknya juga berada disana.Sam tahu ini semua kerana hasutan Najwa yang telah mempengaruhi ibu bapanya. Ibu Sam amat marah serta mencerca Sam dan mengatakan Sam anak tak berguna dan sudah gila.Sam yang dari tadi mendiamkan diri kerana sibuk mengambil pakaiannya berkata bahawa semua tuduhan ibunya itu semua salah dan dia tidak bolih berkata apa-apa sekarang mungkin lain kali dia akan menceritakannya. Ibu Sam bertambah berang apabila melihatkan Sam hendak meninggalkan rumah itu dan berkata Sam adalah anak durhaka kerana tidak mahu mendengar katanya. Dia juga berkata Ayah Sam amat marah kerana memperlakukan Najwa sedemikian. Masa itulah kemarahan Sam kepada Najwa telah memuncak. Dia hilang pertimbangan bila melihat senyuman sinis Najwa. Sam mengamuk dan menendang dan menebalikjan semua meja pejabat dan peralatan rumah sambil berkata puaslah hati Najwa melihat semua ini berlaku.Sam terus meninggalkan rumah nya dan terus pergi kerumah Alias.

No comments:

Post a Comment