.jpg)
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.3] Sam didatangi olih seorang pekerja perempuannya yang meminta tolong daripada Sam supaya mengambil sorang sahabatnya yang amat susah kerana keluarga yang tersangat miskin. Katanya keluarga itu amat miskin sehingga hendak makan pun susah dan amat-amat memerlukan bantuan dan juga mempunyai anak yang ramai. Iaitu 6 orang termasuk yang mahu meminta kerja itu yang dikatakan sebagai anak sulong. Setelah mendengar semua penjelasan pekerjanya itu, Sam bersetuju untuk membantu dan meminta pekerjanya itu membawa kawannya yang dikatakan sedang menunggu diluar pejabat sekarang.
Pemohon yang dikatakan itu masuk berjumpa Sam dan didapati dia adalah seorang wanita muda yang berumur dalam lingkungan bawah 20 an dan berparas wajah yang agak cantik dan berkulit putih. Cara pemakaian yang agak lusuh, membayangkan dia memang datang dari keluarga yang susah. Namanya Azizah dan orang hanya memanggilnya ‘Ijah”Setelah disoal olih Sam memang keluarga adalah seramai 8 orang dan ayahnya sekarang sedang sakit dan tak mampu bekerja. Dia adalah anak sulong dan mempunyai lima adik-beradik dan semua mereka tidak pernah bersekolah termasuk dia juga yang tidak tahu membaca dan menulis.Sam pun menerima wanita itu sebagai Pembantu pejabat serta pembantu Najwa untuk urusan rumah tangga dan menjaga anak anak dan berjanji akan membayar gaji harian setiap hari dia habis bekerja.
Sedang Sam minum the dikedai kopi disebelah pejabatnya, dia didatangi olih seorang sahabatnya yang bertanya akan wanita yang baru bekerja itu. Dia berkata bahawa memang patut Sam membantunya kerana ayahnya sekarang sedang sakit dan keluarganya amat miskin sehingga hendak makan pun susah.Olih kerana Sam juga merasa hairan serta ingin tahu, dia bertanya kepada sahabatnya itu lokasi dan alamat rumah keluarga yang dimaksudkan itu. Sahabatnya pun member tahu Sam segala maklumat yang diperlukan.Keesukan harinya selepas habis waktu bekerja Sam mengajak Ijah menaiki Van nya untuk menghantarnya pulang kerumah setelah memaklumkan perkara itu Najwa dan maksudnya, dan Najwa tidak menghalang.
Sebaik sahaja sampai kerumah ijah, Sam amat terkejut kerana apa yang dilihatnya adalah sukar dipercayai. Ianya bukanlah sebuah rumah, tetapi adalah berupa pondok using ditengah sawah yang hanya berukuran lebih kurang 12 kaki X 12 kaki atau pun kurang dari itu.Ianya dperbuat dari kayu hutan dan beratap dan berdindingkan rumbia. Sam bertanya sekali lagi kepada ijah betulkah itu rumah dia, dan Ijah menganggukkan kepala.
Sebaik sahaja Sam memberhentikan Vannya, maka keluarlah 4 orang kanak-kanak lelaki yang tidak berbaju dan seorang wanita yang agak tua yang kehairanan melihat Sam dan Ijah. Setelah Sam mendekati pondok itu, maka Ayah Izah yang tidak bolih berjalan sedang mmenghayun buaian adik izah yang masih kecil. Teramatlah sedih Sam melihatkan keadaan hidup mereka yang amat daif serta terlalu teruk keadaannya.
Sam bertanya kepada adik-adik ijah sama ada mereka sudah makan atau belum, maka mereka menjawab yang mereka sedang menunggu Ijah balik dan membeli makanan untuk mereka. Barulah Sam faham keadaan mereka sebenar. Selepas berbual seketika, Sam pun meminta diri dan beredar, tetapi selepas itu datang semula dengan bekalan makanan yang agak banyak untuk mereka.Sam juga meminta mereka bersiap sedia esuk pagi kerana dia akan membawa mereka semua keKlinik untuk pemeriksaan kesihatan kerana bagi Sam mereka semua amat tidak sihat.
Ki
.jpg)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment