Sewaktu mereka semua berihat dan duduk dimeja sambil berborak, Sam menyuruh Ali menuang wiski kedalam sebuah gelas dan Ali pun mengisi sedikit kedalam gelas itu.Sam mengambil gelas tersebut dan mengunjukkan kepada Mala dan menyuruh Mala meminumnya, Mala menolak dan berkata dia memang tidak pernah minum dan menolak tangan Sam yang memegang gelas itu.Selepas itu Sam berkata kalau Mala tak mahu minum, dia hendak meminumnya sambil membawa gelas itu kemulutnya. Mala serta merta menahan tangan Sam yang memegang gelas itu serta memarahi Sam kerana cuba hendak minum minuman keras itu.Ali dan Lan juga amat terperanjat dan Ali sepontan mengambil gelas ditangan Sam lalu terus meminum semua wiski itu.
Mala bertanya kepada mereka apa yang telah jadi kepada Boss mereka tetapi Ali dan Lan berkata yang dia pun tak tahu dan merayu supaya Sam jangan mula minum. Mereka berkata bahawa Sam jangan ikut mereka dan kalau bolih Sam jangan cuba belajar minum. Selain itu mereka berkata bahawa amat merbahaya jika Sam mabuk kerana Sam terpaksa memandu bila hendak pulang ke Parit nanti.
Sam hanya terdiam dan mula meminum orange nya. Akhirnya Sam berjanji kepada mereka yang dia tidak akan minum, dan begitu juga kepada Mala. Mala yang mendengar kata-kata Sam itu lantas mencium pipi Sam. Sam terperanjat dan semua sahabatnya ketawa dan ada yang bertepuk tangan.Ada juga pelanggan dan penari yang ada berdekatan menoleh dan melihat mereka membuat bising. Malam itu mereka berhibur sampai jam 3 pagi dan Sam sampai kerumahnya pada jam 3 setengah pagi. Dia masuk kedalam rumah dengan menggunakan kunci spare yang dibawanya dan Najwa tidak menyedari kerana tidur bersama anak-anak didalam bilik. Sam tidur diSofa diruang tamu.
Esuknya Sam bangun agak lewat dan Najwa tidak bertanya kemanakah Sam pergi malam tadi dan Sam senyap sahaja.Selepas itu Sam meminta Najwa membantunya untuk melayan semua agen-agennya serta memberi barangan yang mereka perlukan disamping mengambil bayaran dari mereka sekiranya dia tiada dirumah.Kerja itu amat mudah, iaitu mengira dan menulis bil sahaja dan Najwa cepat faham. Sam seperti biasa asyik bermain dengan anak-anaknya serta melayan mereka bermain karom dan menonton TV.
Sekarang Sam sudah mula kerap berkunjung keKelab Malam malah dalam seminggu paling tidak pun dia akan pergi sebanyak 3 kali dan setiap kali pergi kesana dia pasti bersama Mala dan sekarang Sam telah membayar semua bil booking Mala kerana Mala tidak boleh selalu bercuti.Sahabatnya yang bertiga orang itu sentiasa mengikut dan kekadang Ali selalu lambat membuka gerainya diwaktu pagi.Kekadang mereka pula merungut yang menyatakan agak letih mengikut dan melayan kerenah Sam sehinggakan selalu meminta cuti dari Sam kerana takut tak bolih bekerja keesukan harinya. Jadi terpaksalah Sam hanya pergi dengan sahabat yang tidak mahu cuti sahaja. Kekadang Sam hanya berdua sahaja yang pergi.
Akhirnya perlakuan Sam telah diketahui olih Najwa dan terjadi pertengkaran tetapi tidaklah besar kerana Sam malas melayan dan ambil sikap berdiam diri.Selain memperkatakan hal Dosa, menjadi contoh anak-anak serta sikap membazir yang melampau menjadi nasihat Najwa kepada Sam. Dalam hati Sam bahawa semua nasihat Najwa itu semuanya betul tetapi dia berharap Najwa bertanya sebab kenapa Sam berkelakuan begitu, tetapi semuanya hampa. Bila Najwa sebut tentang hal perempuan Kelab Malam baru lah Sam bersuara dan berkata bahawa Najwa tak payah sebut atau kaitkan dia dengan perempuan lain. Dia berkata, jika dia hendak kahwin lagi, sudah lama terjadi dan dia mampu dan jika dia hendak menipu Najwa sudah pun boleh. Najwa terdiam bila mendengar kata-kata Sam itu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment