KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

6.2] Sam dan Najwa serta dua orang anaknya berpindah ke Paka dan tinggal disebuah rumah kayu yang kecil disana dengan keadaan yang serba kekurangan. Hanya pakaian dan dapur sahaja yang ada dan rumah yang didudukinya adalah sebesar rumah Alias semasa dikampung dia dahulu, Cuma rumah ini diperbuat dari kayu dan papan buruk dan beratapkan Zink. Dalam hati Sam, kali ini dia merasa bagaimana duduk dirumah yang kecil pula.Hati ayah mana yang ingin melihat anak-anaknya hidup dalam keadaan sedemikian, tetapi itu sudah kehendak dan rancangan Najwa maka dia pasrah dan memerhatikan sahaja. Sam tahu bahawa walau apa jua keadaan, dia terpaksa terus berusaha untuk terus hidup dan menentukan masa depan anak-anaknya. Sam tidaklah seperti dahulu kerana dia tidak berusaha sangat untuk mencari rezeki dengan lebih aktif kerana hendak membiarkan keadaan dalam kesusahan itu dapat memberi kesedaran kepada Najwa. Selain itu Sam agak berubah perangai dengan menjadi lebih tegas dan akan marah jika terdapat perkara yang dia tidak puas hati. Sebagai pemulaan untuk menyara keluarga, Sam bekerja sebagai tukang rumah, membuat perabut dan pergi mengikut nelayan pergi kelaut. Beberapa bulan dia bekerja sedemikian kerana cuba mengumpulkan sedikit modal disamping membelikan kelengkapan untuk keluarganya. Walaupun Sam Nampak seperti biasa tetapi dia masih amat bersedih dengan keadaannya tetapi setiap kali dia menyuarakan perasaannya pada Najwa, Najwa tetap seperti dahulu. Tiada kata memberi peransang, tiada menunjukkan simpati atau apa jua reaksi yang bolih melegakan perasaannya. Apa yang didengarnya hanya Najwa meminta Sam meminta pertolongan dari Allah supaya dia ditunjukkan jalan yang benar dan mengampunkan segala dosa-dosanya. Sam tidak jua putus asa merayu Najwa untuk lebih perihatin serta berusaha lebih untuk mengiratkan hubungan dan sefahaman diantara mereka, tapi semuanya tetap seperti biasa. Akibat segala usahanya itu tidak menampakkan kesan, Sam mula menjadi cepat marah dan cepat kecil hati. Walaupun Sam tidak bertindak aktif mencari rezeki tetapi keluarganya masih tidak kekurangan apa-apa pun, semuanya sekadar mencukupi. Sam sentiasa rajin walaupun dia bekerja sebagai gaya orang kampong. Masa itu Sam tidak mempunyai sebarang kenderaan masa itu selain berjalan kaki sahaja sehinggalah dia berkenalan dengan seorang sahabat dari Perak yang menetap disana, Johari namanya. Johari mempunyai motor dan dia selalu meminjamkan motornya kepada Sam jika Sam ingin berjalan lebih jauh dan Johari juga yang selalu membawa Sam melawat sekitar Paka. Johari juga sahabat Sam yang selalu bersama pergi memancing dan menjala ikan. Suatu hari dia menyuarakan kepada Johari yang dipanggilnya sebagai Joe, bahawa dia ingin berniaga dan membuka gerai makan. Joe bersama kawan-kawannya,Din dan Jali suka mendengar rancangan Sam itu dan sedia membantu dalam apa jua kerja Sam untuk memulakan perniagaannya. Lagi pun Sam baru dapat duit lebih sedikit kerana membuatkan kedai dan iklan kedai runcit dihadapan rumahnya, iaitu kedai runcit Aduka. Sebelum itu, Sam telah meminjam motorsikal Joe untuk pergi keStesyen Jenakuasa Paka yang sedang dalam pembinaan untuk mengambil kayu-kayu terbuang dari kotak mesin dan dikumpulkan secara beransur-ansur dirumahnya. Mendengarkan berita Sam nak membuka kedai makan itu, ibu mertuanya membantu sedikit modal untuk dia membeli peralatan termasuk sebuah pemutar aisbatu untuk menjual Air Batu Campur.

No comments:

Post a Comment