
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
3.2] Sam terus memujuk Rokiah bersabar dan jangan panic, serta bersabar sehingga 2 minggu lagi kerana mungkin dia ada kelapangan dan bolih pergi keKuala Lumpur. Rokiah tidak setuju kerana dia sekarang amat tertekan dan telah bergaduh besar dengan ibu-bapa serta abang-abangnya. Kalau bolih hari ini juga dia hendak keluar dari rumah. Akhirnya Rokiah meminta Sam wang sebanyak RM 2000.00 kerana dia bercadang untuk menggugurkan kandungannya. Sam tidak bersetuju dan tidak mahu tindakan seperti itu diambil. Akhirnya Rokiah meminta Sam membawa dia keKuantan kerana dia hendak berpindah dan menetap disana sihingga dia melahirkan anaknya. Ini adalah untuk menutup malu keluarganya.
Jika dia duduk disana, dia hendak Sam menanggung semua perbelanjaan tempat tinggal dan semua perbelanjaan sehingga dia melahirkan anak. Berkali-kali Sam mengajak dia kahwin sahaja dan selesai masaalah itu secara baik, tetapi dia tetap dengan segala syarat yang telah dikenakan sebelum ini. Akhirnya Sam meminta 2 hari untuk dia berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Malam itu Sam amat pening dengan dan dia pergi kePantai Batu Buruk seorang diri untuk menenangkan diri. Dia menangis sendirian mengenangkan kesusahan yang dihadapinya kini. Tiada sesiapa yang bolih dia bercakap sekarang ini dengan segala kejadian yang menimpa dirinya. Dia juga asyik menyesali kebodohan serta sikap tidak sabarnya yang membuat semua jadi begitu rupa. Dia hilang punca dan sekadar menyerahkan semuanya kerana terasa benar dia sudah tidak berdaya.Bila sudah tenang sedikit dia pun balik kerumah, tetapi dipertengahan jalan dia menuju ke Kilangnya..
Sebaik sahaja disampai dikilang, dia menalipon rumah Rokiah, tetapi adik perempuannya Su menyambut panggilan itu. Sam bertanya siapa yang ada dirumah sekarang dan Su menyatakan ibu bapanya belum balik kerana berziarah dan Rokiah sudah didalam bilik, mungkin sudah tidur. Sam pun bertanya kepada Su betulkah Rokiah bergaduh dengan keluarga?. Su bertanya mana Sam tahu hal itu dan Sam memberitahu Rokiah baru tengahari talipon dan memberitahu dia. Su menyatakan memang betul mereka bergaduh. Bila Sam bertanya kenapa? Adik Rokiah agak berat nak memberitahu. Akhirnya Sam menyuruh adik Rokiah supaya menyampaikan pesan kepada ibu-bapanya serta abangnya Rahim supaya jangan memarahi Rokiah lagi kerana Sam berjanji akan bertanggung jawab keatas apa yang berlaku dan berjanji akan mengahwini Rokiah.
Su amat terperanjat dan berkata kenapa Sam berkata begitu?. Sam mengaku telah meniduri Rokiah dan dia tahu Rokiah bukan suci lagi kerana katanya Anizan telah merosakkannya dan meninggalkan dia lalu berkahwin dengan wanita lain . Su menyatakan cerita itu benar, tapi sebelum Sam datang tempuhari, Rokiah telah mengandung. Su sebagai adik perempuan yang amat rapat dengan Rokiah maka semua perkara akan diberitahu olih Rokiah kepada Su. Su lah tempat dia berkongsi cerita dan rahsia. Sam terkedu dan meminta Su merahsiakan perbualan mereka itu dari sesiapa.Walaupun pada Rokiah. Su yang biasanya amat manja dan sayang kepada Sam berjanji akan menyimpan rahsia.
Pagi besuknya Sam menalipon Rokiah. Sam meminta Rokiah bersabar dan meminta Rokiah supaya bersetuju untuk berkahwin dengannya.Tapi Rokiah tetap degil dan berkeras dengan syaratnya serta mengugut untuk menggugurkan kandungannya. Sam masih menasihatkannya supaya jangan berbuat begitu takut berdosa. Sam berkata, walaupun dia tahu kandungan itu bukan anaknya dan ialah anak Azizan, tapi kerana dia memang mencintai Rokiah dari dahulu, maka dia masih sanggup mengambil Rokiah, asalkan jangan minta dia menceraikan Najwa.
Kirim

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment