1.10- Pada subuh itu, seperti biasa Sam akan mendengar hentakan kaki Najwa menuruni anak tangga yang sememangnya diatas kepalanya. Itulah rutin Najwa setiap hari, selepas sembahyang subuh pasti akan turun kedapur untuk membuat sarapan.Sam cepat bangun dan membuka pintu bilik dan kebetulan juga Najwa telah berada betul-betul dihadapan pintu itu. Sam berdecit sebagai isyarat kepada Najwa dan spontan Najwa menoleh kearahnya. Sam menguit-nguit kan jarinya sebagai isyarat supaya menghampirinya.
Najwa menoleh kekiri kekanan dan akhirnya memandang keatas branda tangga seperti memastikan tiada siapa berhampiran dan kemudian menghampiri Sam yang berada depan pintu. Dengan nada seperti berbisik, Najwa bertanya, “ Apa dia”. Sam pun dengan nada yang sama memberitahu berita bahawa Ayah dan Ibunya setuju untuk Sam meminang Najwa. Sam juga member tahu bahawa makciknya Mak Anjang akan datang merisik.
Najwa tersenyum dan menyuruh Sam memberi tahu hal itu kepada kedua ibu dan ayahnya. Secara spontan Sam mencium pipi Najwa dan Najwa membiarkan sahaja sambil tersenyum. Sebenarnya itulah kali pertama Sam mencium pipi Najwa sejak perkenalan mereka selama hampir 2 tahun. Selepas itu Najwa pergi kedapur untuk menyediakan sarapan pagi seperti biasa. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi motor ayah dan ibu Najwa yang baru pulang dari Masjid.
Sam terus berusaha keras dan terus membangunkan perniagaan itu. Bekerja siang dan malam serta tidak mengambil sebarang upah atau gaji melainkan perbelanjaan makan minum harian sahaja.Najwa yang menguruskan hal kewangan. Permintaan bertambah dan Sam terus membesarkan perniagaannya dengan segala modal yang diperolihi dari keuntungan. Bengkel mereka sudah besar sekarang dan jika dicampur kawasan kerja dibawah rumah yang sebelum ini menjadi asas permulaan perniagaan mereka, sekarang bolih menampung seramai 15 orang pekerja.
Selain melakukan tugas melukis, Sam juga sibuk melatih pekerja-pekerja baru sebagai pelukis mahir. Olih kerana bidang Batik yang baru itu masih tiada di Trengganu dan Kelantan masih tiada kaedah membuat batik seperti itu maka tiada langsung kedapatan pekerja yang mahir untuk terus diambil bekerja. Sam mempunyai visi pembangunan sendiri melalui pengamatan peluang perniagaan yang ada untuk terus berkembang dengan melatih asset utama untuk perusahaan itu, iaitu tenaga Pekerja Mahir.
Tanpa bantuan pelukis mahir maka tidak akan menambah pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa meningkat. Selama ini dia seorang sahaja yang melukis siang dan malam untuk menyediakan kain-kain untuk diwarnakan olih pekerja-pekerjanya. Walau pun Najwa seorang pelatih batik yang sama tapi mutu lukisannya amat jauh dengan lukisan Sam maka dia masih tidak bolih melukis kerana akan menghasilkan mutu pengeluaran yang amat berbeza mutunya dan menyusahkan jualan.Dengan itu Sam terpaksa mengorbankan masa dan kewangan sebab membayar elaun bagi tujuan tersebut.
Ibu bapa Najwa agak tidak bersetuju kerana dia meminta Sam dan Najwa hanya menjalankan secara kecil-kecilan sahaja kerana bolih dikatakan itulah cara yang diamalkan semua pembatik Cop Trengganu selama ini. Tiada yang berbentuk perusahaan besar-besar yang ditempatkan diKilang. Semuanya hanya sekadar diusahakan dibawah rumah atau bengkel kecil sahaja. Sam member pendapat bahawa industry ini akan menjadi perusahaan yang baik serta akan menjadi perusahaan pengilangan secara besar-besaran dimasa akan datang. Dia juga berkata akan berusaha untuk mencapat kearah itu. Ibu bapa Najwa seakan-akan tidak berapa suka dengan sikap Sam itu.
No comments:
Post a Comment