KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

KELUARGA YANG TERPULAU

4.6.] Suatu pagi, sedang Sam bersarapan dikedai kopi sebelah pekabatnya bersama beberapa orang sahabatnya, dia diperli olih seorang sahabat yang bernama Sabri. Sabri berkata dia selalu Nampak Van Sam didepan rumah Alias serta bertanya samaada Sam sudah jatuh hati kepada Ijah.Sam berkata sambil berseloroh, bahawa kalau ada jodoh, apa nak buat. Semua rakannya ketawa Sabri berkata bahawa Sam amat tak sepadan dengan Ijah dan keluarganya kerana Sam belum tahu siapa lagi bapa Ijah tu. Mereka semua sudah amat kenal dengan Alias tahu perangan Alias. Sam yang kurang tahu hal kampong ini, memang tak tahu atau kenal dengan Alias. Rais yang tadi masih senyap berkata bahawa tak baik membuka aib orang sebagai amaran kepada Sabri. Sabri terus member tahu bahawa sebenarnya Alias dan keluarganya telah dipulaukan olih orang kampong kerana kuat mencuri dan juga sebelum sakit dia pernah kena tembak olih Jaga Estate kerana cuba mencuri koko. Dalam hati Sam mungkin yang diceritakan olih Sabri itu benar, tetapi mungkin itu disebabkan tekanan hidup untuk menyara keluarga Alias berbuat sedemikian. Sam juga menerangkan dia kesana sebab membantu, bukan kerana hendakkan Ijah. Dengan bantuan Sam serta kelapangan kewangan sebab Ijah sudah bekerja dan mempunyai wang setiap hari, keluarganya sudah berubah, begitu juga kesihatan Ayah dan semua adik-adiknya, semua hampir pulih. Bila ada kelapangan Sam akan melawat Alias sambil membawa sedikit buah tangan untuk anak-anaknya. Akibat kebaikan Sam kepada keluarganya, Alias mula bercerita kisah hidupnya serta perbuatan jahatnya. Dia menceritakan nya kerana dia tahu bahawa mesti ada orang akan mula bercerita hal dia kepada Sam kerana sudah memang begitu sebelum ini. Olih kerana Sam adalah orang terkenal, maka bila melihat Van Sam selalu berada didepan rumahnya, tentu ada orang yang memerhati dan akan berkata yang bukan-bukan. Sam kata dia tahu hal itu tapi dia hanya bantu sehingga Alias bolih berusaha sendiri apabila sudah sihat nanti. Alias juga menunjukkan kesan peluru penabur yang terdapat dibahagian belakang dan punggongnya akibat ditembak olih jaga Estate kerana mencuri koko. Isterinya juga berkata dia seharian mencungkil semua peluru yang telah terbenam dalam kulit Alias. Alias juga dia sekarang telah dipulaukan olih orang kampong, malah telah menghalau mereka keluar dari kampong itu.Kerana kedegilannya tidak mahu meninggalkan kampong itu, ada penduduk yang sengaja memfitnah dia sekeluarga dengan perkara-perkara yang tidak mereka lakukan. Ada juga orang yang cuba membakar pondok mereka, tapi semuanya masih terhindar.Dalam hati Sam, apa yang kawannya Sabri katakan itu semua benar belaka dan Alias pun bukannya penipu. Sam telah berjanji, sekiranya dia ada kelapangan, dia akan membantu anak-anak Alias agar dapat pergi kesekolah seperti kanak-kanak yang lain.Selain itu Sam akan berusaha membantu supaya Ijah dan adik-adiknya mempunyai Sijil Kelahiran dan kad pengenalan. Sam meminta Alias sentiasa makan ubat agar cepat sembut dan bolih bekerja semula dan Sam telah menawarkan kerja sebagai buruh di bengkel batik kepada Alias. Alias amat gembira dan mengucapkan terima kasih pada Sam samba berkata bahawa sebelum ini belum ada manusia yang melayan dia dan keluarga sebegini baik. Kirim

No comments:

Post a Comment