2.10] Sam pergi menalipon kekilang dan meminta adiknya dan Sepupu Najwa datang berjumpanya dirumah. Selepas bertanya kepada mereka, mereka menyatakan ada pernah melihat Sham membungkus kain-kain sutera seperti hendak dihantar kepada pelanggan tapi itu sudah biasa kerana hendak dihantar kepada pelanggan yang jauh. Tapi mereka tidak dapat pastikan kepada siapa yang hendak dihantar kerana itu semua urusan Sham. Bolih dikatakan kerja pembungkusan yang dibuat itu adalah mereka yang buat tapi penulisan alamat dan penghantaran keBas Ekspress, Sham yang lakukan.
Setelah disemak buku hantaran serta pada bill dan Invois, memang tiada sebarang catitan mengikut resit-resit yang ditemui. Dimasa itu harga jualan borong bagi sepasang baju kurung atau kebaya wanita adalah berharga RM 120.00 hingga RM 180.00 sepasang mengikut kualiti dan corak. Tidaklah dapat nak dianggarkan jumlah sebenar harga yang bolih ditafsirkan kepada 780 pasang sutera yang telah dicuri itu. Untuk mencari bukti dari stok adalah mustahil kerana tidak dicatit dengan sempurna melainkan kedatangan pekerja sahaja yang jelas. Terbukti juga bahawa alamat kiriman adalah bersamaan dengan alamat rumah Sham. Ini bermakna Sham telah menghantar semua bungkusan itu kepada keluarganya.
Najwa yang sentiasa mengikuti hal itu juga amat terperanjat serta marah juga. Akhirnya Sham telah dipanggil olih Sam untuk mengetahui semua perkara. Sham Nampak amat takut dan pucat. Setelah menyoal siasat, Sham mengaku semua itu dan member berbagai alasan akan perbuatannya. Sam mengugut untuk membuat laporan polis tapi Saham merayu agar perkara itu diselesaikan dengan melibatkan polis. Sebenarnya Sam pun tak sanggup berbuat demikian kerana mengenangkan Sham adalah sahabat karibnya semasa di Kuala Lumpur.
Sam telah pun menyediakan beberapa surat pengakuan berhutang yang perlu ditandatangani olih Sham yang berjumlah sebanyak RM 50,000.00 dimana dengan syarat Sham perlu membayar sebanyak RM 200.00 setiap bulan sehingga habis.Beberapa orang saksi juga menanda tangani surat tersebut termasuk Halim sepupu Najwa. Walau pun jumlah hutang yang dikenakan sebegitu banyak tetapi ianya tidak tidak lah sama dengan harga sebenar dengan barang yang dicuri tetapi Sam masih bertolak ansur. Hari itu juga Sham dipecat dan malam itu juga dia pulang ke Kuala Lumpur.
Kewangan Najwa batik bermasaalah dan Sam cuba mendapatkan kewangan dengan cara mengutip hutang dari semua pelanggan yang berhutang termasuk peniaga di Kota Bahru Kelantan yang berjumlah yang amat banyak termasuk yang diTrengganu tetapi tidak seperti yang diharapkan. Pernah Sam membawa ayahnya pergi bersama untuk mengutip hutang sampai ke Kota Bahru kerana dengan harapan dengan adanya orang tua sekali, tentu orang akan hurmat dan akan membayar hutangnya dengan lebih banyak , tapi ternyata gagal juga.
Selain itu iklim perniagaan yang muram serta bukan musim cuti telah menjejaskan semua perniagaan sahabat –sahabat Sam yang diTrengganu dan dan di Kelantan serta ditempat lain juga adalah punca jualan amat merudum masa itu. Akibat masaalah tersebut Sam terpaksa bekerja keras siang dan malam termasuk menjual dan menghantar sendiri kain-kain nya disamping mencari pasaran baru.
Dia akan pergi sehingga keJohor, Melaka dan Negeri Sembilan untuk memasarkan barangan nya. Semua itu dilakukan demi untuk mendapatkan wang untuk menutup kekurangan akibat masaalah yang berlaku serta memastikan kilangnya terus beroperasi dan semua pekerja masih bekerja dan dapat gaji.

No comments:
Post a Comment