KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

2.11] Usaha Halim membantu Sam menarik lebih banyak Bas Pelancung juga sedikit sebanyak telah membantu Najwa Batik dapat terus bertahan dan terus beroperasi seperti biasa. Kutipan hutang telah menjadi terlalu bermasaalah dan kebanyakkan pelanggan tidak mampu membayar hutang mereka. Walaubagaimana pun keadaan tidaklah gawat sangat, Sam masih mampu membayar hutang-hutangnya mengikut yang dijanjikan. Suatu hari kilangnya didatangi oleh sebuah Bas Pelancung dari Kuala Lumpur.

Masa itu Sam berada didalam kilang menyapu sampah dibilik Tetamu dihadapan kilang itu. Semasa semua penumpang bas mula menuruni bas itu, Sam terperasan bahawa dia amat mengenali mereka kebanyakkan dari mereka iaitu bekas guru-gurunya yang pernah mengajarnya disekolah. Setelah diamati memang sah mereka adalah guru-guru dari sekolahnya,di Kuala Lumpur dimana sebelum ini Sam adalah perlajar sekolah itu. Mereka semua memasuki kilang Sam beramai-ramai melihat semua pekerja yang sedang membuat kerja.

Sam masih menyapu sampah sambil menundukkan muka untuk mengelakkan dari dikenali olih mereka kerana masa disekolah, Sam adalah pelajar yang nakal, dan mungkin menjadi pelajar pertama sekolah itu yang tidak mengambil peperiksaan SPM kerana menghilangkan diri. Setelah melihat perkerja membuat kerja pembuatan batik, mereka akan pergi ke Pusat Jualan dan Pameran untuk membeli kain-kain Batik sebagai cenderahati dan ramai juga yang memborong untuk berniaga.Dalam proses pembelian akan berlaku tawar-menawar.

Salah seorang guru itu berkata, mereka ramai dan akan membeli banyak barang dan meminta diskaun yang baik kepada jurujual disitu. Jurujual itu berkata dia hanya menjual barangan mengikut arahan yang telah diberikan. Guru itu masih tak berpuas hati serta berkata yang dia mahu meminta harga istimewa dan ingin berjumpa sendiri dengan taukeh kilang itu. Jurujual itu berkata bahawa Bos nya ada sekarang dan dia akan panggilkan untuk mereka bertemu dan berunding.Jurujual itu pun menunjuk kepada Sam yang sedang menyapu sambil memanggil Sam.

Sam pun memasuki bilik pameran tersebut dan buat-buat tak kenal pada semua yang ada disitu, tetapi dua tiga orang gurunya yang amat rapat dengannya disekolah terpegun mengamati wajah Sam. Mereka kemudian berkata bahawa amat biasa melihat wajah Sam dan Sam hanya tersenyum sahaja. Akhirnya mereka cuba meneka dan berkata bahawa Sam ini adalah perlajar VI yang bernama Sam. Sam ketawa dan mengiakan tekaan mereka. Maka gamatlah semua guru-guru itu serta memuji kejayaan Sam dan tidak kurang juga mengenang kenakalan dan kegagalan Sam meneruskan pelajaran sehingga tidak mengambil peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun mereka sudah berpuas hati serta mengucapkan tahniah diatas kejayaan Sam.

Maka pada hari itu Sam telah menawarkan semua guru-guru tersebut harga yang tidak pernah diberi kepada pelanggan sebelum ini. Mereka semua pulang dengan senyum riang serta berbangga dengan anak murid mereka yang paling bermasaalah semasa disekolah. Sam juga merasa seronok sangat kerana dapat melihat wajah-wajah yang selalu diingatinya sekira dia mengimbau zaman persekolahannya.Memang dia nakal dan selalu ponteng sekolah dan Sam teringat bahawa semasa dia tingkatan 3 dia hanya datang kesekolah hanya lebih kurang 100 hari sahaja tetapi keputusan SRPnya cemerlang juga. Sam tersenyum sambil duduk diruang tetamu. Dia mula mengingatkan zaman sekolahnya serta kejadian yang berlaku semasa dia tinggal diasrama. Kirim

No comments:

Post a Comment