KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
4.5] Sam sebenarnya tidaklah mengambil berat hal keluarga Ijah ini kerana dia amat sibuk dengan tugas untuk membangunkan perniagaannya. Dia sekadar kesihan kepada kanak-kanak yang kelaparan dan berpenyakit. Dia beranggapan mungkin Allah ingin mengujinya dengan mempertemukan keadaan sedemikian rupa untuk melihat sama ada dia masih mempunyai perikemaknusiaan atau tidak. Ada juga pemikiran lucu terlintas,iaitu dia berfikir bahawa mungkin juga Ijah ini akan dijodohkan kepadanya. Cantik juga budak Ijah ini katanya dalam hati, tapi bila terbayang wajah Najwa, mood berkhayalnya hilang. Kalau kena macam ini lagi, mampus aku. Yang ini lagilah…dari keluarga yang tak menentu, tiada pelajaran malah tiada mempunyai kad pengenalan…semuanya karut marut sahaja. Sam tersenyum sendirian. Dia masih terfikirkan Wan, hatinya amat terasa kehilangan Wan. Mungkin dia tidak akan sendirian waktu malam begini jika ada Wan bersama.
Sam masih teringat semasa dia dan Wan pergi keAir Terjun Sekayu dan Sam mandi dicelah batu-batu besar. Wan dengan penuh simpati memerhatikannya. Apabila dia selesai mandi dan selepas mengesat badan dengan tuala, Wan dengan lembut menyikat rambut Sam yang kusut. Sambil menyikat rambut Sam, dia bertanya samaada Sam cintakan Rokiah atau pun tidak. Sam hairan dan bertanya kenapa Wan bertanyakan hal Rokiah tetapi bukan Najwa. Wan berkata yang dia dan keluarga semua dah tahu hal Sam dan keluarga Najwa tapi mereka menganggap Sam sudah jadi bodoh kerana selalu dibuli olih mereka.Hal Sam dan Rokiah pun telah Wan ketahui dan dia pun mendengar cerita Rokiah mengadu kepadanya ditalipon. Wan akhirnya mula meragui cerita Rokiah setelah menguji denganbeberapa soalan, jadi ternyata Rokiah mempunyai niat tertentu, jadi dia berpihak kepada cerita Sam.
Sam berkata bahawa memang dulu Rokiah adalah pujaan hatinya tetapi setelah ditolak dan dia berkahwin dengan Najwa, dia telah melupakan Rokiah sehinggalah berjumpa semula dan akhirnya terlanjur. Wan berkata dia tidak kisah itu semua kerana amat faham perasaan Sam ketika itu akibat tingkah laku Najwa dan Keluarganya serta tekanan perniagaan.Katanya jika ini berlaku kepada lelaki lain, tak tahulah apa akan terjadi.
Sam bertanya kepada Wan adakah dia mencintai dirinya dan Wan terus menangis dan dia berkata bahawa keadaan dia amat rumit nak buat keputusan kerana memikirkan Najwa adalah pangkat anak saudara dan ana-anak Sam adalah cucu saudaranya. Kalau Najwa itu bukan saudaranya dia rela bermadu asalkan terus dapat bersama Sam.Sam termenung sambil air matanya juga mengalir.
Disitulah Sam dan Wan membuat keputusan untuk meneruskan perhubungan mereka sebagai sahabat kerana tidak mahu mengusutkan keadaan dan keluarga.Walau pun mulut Sam mengaku sedemikian, tetapi hatinya masih amat menyintai Wan, dan dia tahu Wan pun begitu.Semasa pulang dari Sekayu mereka hanya berdiam diri sehingga sampai kerumah Wan.
Tetiba Sam merasakan airmatanya mengalir dan dia tersedar dari lamunan.Dia kerinduan yang amat sangat kepada Wan.Terasa dia ingin pergi ketika itu untuk bertemu dengan Wan untuk menghilangkan rindu agar dia tenang dan dapat menumpukan perhatian terhadap kerjanya. Sam juga bercita-cita untuk mencipta sepasang pakaian Sutera yang paling cantik untuk dihadiahkan kepada Wan suatu hari nanti.
Kiriman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment