KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
5.6] Hj Yahya beseloroh dengan menyatakan nasib baik dia tiada anak perempuan yang sesuai untuk dikahwinkan dengan Sam, kalau ada dia rela menerima menantu macam Sam dan berkata, dia akan cepat menjadi kaya. Semua ketawa masa itu dan isteri Hj Yahya hanya berkata ..” Sungguh tu”. Olih sebab perbingangannya masa itu adalah sebab perkonsiannya dengan Hj Majid, Haji Yahya berkata Sam tak perlu risau soal berniaga kerana perkara itu adalah hal kecil kerana dia dan sahabat-sahabat lain bolih membantu sekiranya Sam bermasaalah untuk meneruskan Najwa Batik semula tetapi masaalah yang paling besar ialah kisah keluarga Sam. Dia meminta Sam mengatasi masaalah keluarganya dahulu.
Dalam masa itu juga Sam terkenang akan kata-kata Hj Yahya yang menyatakan yang orang ramai berkata Sam ini seorang penjoli dan kaki betina dan Hj Yahya memerli Sam bahawa dia bodoh tak mengambil Tengku sebagai Isteri tempuhari. Dia tahu sebab Sam bertukar kereta dengannya tempuhari kerana ada sahabatnya yang terpandang keretanya dan didapati Sam dan Tengku yang berada didalam kereta itu semasa di Kuantan. Apalah kata Hj Yahya, Ayam terlepas, tangan bahu tahi. Semua ketawa.
Dengan keyakinan sokongan Hj Yahya itulah yang membuat Sam berani membubarkan perkongsiannya dengan Hj Majid, tetapi kerana dia masih ingin berusaha menyelamatkan isteri dan anak-anaknya, dia mengambil keputusan untuk berpindah pulang kekampung halaman untuk menjauhkan mereka dari keluarga mertuanya. Sekarang telah terjadi pula kejadian yang sedang dialaminya. Sam semacam mengeluh.Sekarang dia terfikir pula bahawa Najwa berdegil dan akan membawa anak-anaknya pulang semula keTrengganu. Sam tidak dapat membayangkan jika dia ditinggalkan keseorangan dan berjauhan dengan anak-anaknya. Dia pening memikirkan samaada dia terus menetap disini atau mengikut Najwa demi anak-anak.
Malam itu Sam tidak tidur dan bila hari sudah siang, dia pun keluar dari Balai Polis itu dan pergi satu tempat didalam hutan, dimana tempat selalu dia pergi memancing. Nama tempat itu adalah Tukang Udang. Ianya adalah sungai didalam hutan yang sunyi dan disitulah tempat Sam bersembunyi selama ini.Dia mandi dan makan bekalan yang dibelinya dan tidur. Tempat itu amat terpencil dan tiada orang yang tahu dia berada disitu. Dia amat mengantuk kerana kerana tidak dapat tidur malam tadi.
Sebelah petangnya Sam telah keluar dari hutan itu dan terus menuju ke Kuala Lumpur kerana hendak melihat keluarga Alias disana. Dia masih belum mendapat berita tentang Razak dan Lanis setelah dia menalipon kerani pejabat yang menjadi tempat Razak dan Lanis menjalankan perniagaan mereka.Sementara menunggu mereka pulang, Sam ingat tentu lebih baik dia menyorok di rumah Alias diCheras, lebih selesa dan selamat dari belegar-legar dalam kawasan ini serta terpaksa tidur didalam hutan Tukang Udang.
Malam itu Sam makan bersama keluarga Alias dirumah sewanya. Nampak mereka lebih ceria dan dirumahnya penuh dengan bahan masakan kerana isteri Alias mengambil upah meyediakan bahan masakan sahabat Sam yang berniaga makanan itu. Rupanya Ijah pun sudah berhenti bekerja dikilang botol dan menolong ibunya dirumah. Alias dan adik lelaki Ijah masih bekerja ditempat yang sama.
Sam berpuashati setelah melihat Alias sekeluarga telah mula berdikari dan banyak peluang untuk hidup lebih senang dari dahulu.Sam juga menasihat dan mengajar Alias cara untuk mendapatkan sijil beranak serta kad pengenalan untuk anak-anaknya dan juga berharap Alias akan menghantar mereka belajar.
K
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment