KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

2.15] Rokiah bertanya Sam , nak pergi kemana mereka malam ini. Sam menyuruh Rokiah memilih tempat yang paling disukainya. Rokiah menyuruh Sam membawa kemana yang dia suka kalau tak balik pun tak apa, kerana katanya dia nak berehat dan enjoy bagi menenangkan fikiran.

Sam ketawa sambil menasihatkan Rokiah supaya jangan ikut sangat perasaan. Semasa didalam kereta itu juga Rokiah menegur Sam yang kelihatan aga kurus serta kulitnya bertambah gelap. Sam pun menceritakan bahawa dia sekarang banyak menghabiskan masa dengan menyelam dilaut dan sebab itu dia kurus dan gelap sedikit.

Rokiah teruja mendengar cerita Sam dan berkata abangnya yang sulong bila mendengar bahawa Sam menetap diTrengganu, dia berminat hendak bercuti ke Trengganu bersama Sam. Sam pun berkata harap abang Rokiah menaliponnya jika hendak pergi bercuti dan dia akan melayan abangnya diTrengganu nanti. Rokiah berkata bahawa dia akan sampaikan berita itu kepada abangnya nanti. Sam juga bertanya kepada Rokiah kenapa katanya dia amat tertekan dan susah hati.

Rokiah menceritakan kepada Sam bahwa dia dan kekasihnya Azizan telah berpisah dan mungkin tak akan bersama lagi kerana Azizan telah balik keKelantan dan sekarang telah berkahwin.Sam bersimpati dan bertanya adakah Rokiah mempunyai kekasih baru, dan Rokiah berkata masih belum ada. Sam secara berseloroh berkata bahawa dia mempunyai peluang untuk bersama Rokiah semula.

Rokiah juga berseloroh dan mencabar Sam agar mencoba, mungkin bolih dapat. Sam merendah diri dengan berkata siapalah yang mahukan dia lagi kerana sudah beristeri dan mempunyai anak. Rokiah ketawa dan berkata Sam mungkin tidak mencuba bersungguh-sungguh. Sam juga ketawa.

Sepanjang malam mereka berjalan dan makan dan akhirnya pergi ke Ampang Park iaitu tempat kegemaran mereka bermain mesin game semasa mereka masih bersekolah lagi. Kalau dahulu mereka hanya bermain diwaktu siang dan pulang waktu malam, tapi kali ini mereka bermain waktu malam hingga kesubuh. Jam 4 pagi barulah mereka pulang kerumah. Sam tidur dirumah Rokiah dan pulang keTrengganu pada petang esuknya.

Setelah Sam berada di Trengganu dalam dua hari, Rokiah menalipon Sam dan bertanya bila dia nak datang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya Sam juga sering teringatkan Rokiah, dan berkata kalau ada orang nak kawankan dia, bila-bila masa dia bolih pergi keKuala Lumpur. Sam berkata kalau dia tiada kawan, dia tak akan betah berada disana kerana terlalu membosankan.

Rokiah pun menyatakan bahawa dia sudi menemankan Sam seberapa lama yang Sam kehendaki tapi dengan syarat kena tinggal dan tidur dirumahnya. Rokiah berharap Sam dapat datang secepat yang bolih kerana amat bosan dan tertekan sangat sekarang kerana kena asyik duduk dirumah. Sam bergurau dengan memperli Rokiah, barangkali dia rindukan Sam kot. Rokiah ketawa dan berkata, mungkin kot tapi yang penting dia nak ajak Sam main game di Ampang Park. Sebenarnya mengikut rancangan memang dia hendak keKuala Lumpur untuk berbincang tentang hutangnya dengan BMB yangmasih berbaki kerana penolakan kain-kain sutera tempuhari. Sam meminta Rokiah menunggu dirumah dan mungkin dia akan sampai pada petang esuk.

Pada petang esuknya Sam sampai dan dapat berjumpa dengan Rahim iaitu abang Sulong Sam yang berminat hendak bercuti keTrengganu. Sam menyatakan kepada Rahim untuk menetapkan tarikh dan dia akan menunggu serta melayan Rahim semasa berada di Trengganu. Rahim bersetuju dan berjanji akan menghubungi Sam bila dia sudah mendapat cuti dan dia berkata bahawa dia nak bercuti selama seminggu. Selepas itu Sam dan Rokiah pun keluar setelah meminta kebenaran dari ibu Rokiah. Kirim

No comments:

Post a Comment