KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

6.4]- Dalam kesibukan menjalankan perniagaan gerai makanannya mula berasa gembira sedikit dan mula mengumpul modal walaupun ianya tidaklah seberapa mana.Dia masih tidak mampu membeli kenderaannya sendiri melainkan membelanjakan keuntungannya bagi mencukupi keperkuan peralatan rumah tangga buat Najwa dan anak-anaknya sehingga semuanya mencukupi termasuk Mesin Basuh Baju.Baginya keselesaan anak-anak dan Najwa adalah perkara utama yang sentiasa diutamakan dan itulah perangai Sam dari dahulu. Dia masih berkalan kaki atau meminjam motorsikal Joe jika hendak membawa barang atau pergi ketempat yang agak jauh.

Walaupun perniagaannya maju serta dia terpaksa bekerja memasak dan melayan pelanggan sehingga jam 2 pagi, keuntungannya tidaklah selumayan mana kerana masa itu harga jualan adalah amat murah dan Sam terpaksa mengikut harga kebiasaan peniaga sekelilingnya. jika mahal, nescaya dia tidak akan ada pelanggan. Selain itu, dimasa itu amat susah hendak mencari pembantu yang sudi bekerja digerai seperti gerai Sam, ditambah pula masa itu terlalu banyak peluang pekerjaan lain kerana projek pembangunan amat pesat berkembang sekitar tempat itu.Terpaksalah Sam hanya bekerja berdua serta dibantu olih Najwa untuk melancarkan kerja-kerja digerainya.

Sam yang amat sibuk memasak didapurnya kekadang agak tertekan kerana terlalu penat dan dia kerap meminta bantuan dari Najwa untuk melayan pelanggan. Kekadang dia agak emosi sekiranya terlalu banyak kesilapan yang dilakukan Najwa tau pun Makcik yang membantunya. Biasalah bila agak kelam kabut sekiranya pelanggan datang dengan ramai dalam satu masa. Olih sebab itu Sam terpaksa membiarkan perniagaannya hanya seperti itu sahaja dan tidak bercadang untuk menambah ruang atau peralatan seperti kerusi dan meja kerana tidak larat melayan pelanggan. Dia hanya lakukan apa jua yang mampu dilakukan olih dia bertiga sekarang ini.Mertua Sam selalu datang melawat mereka disana dan melihat pekembangan perniagaannya.

Suatu hari Sam telah didatangi olih ibu mertuanya yang berkata kepadanya supaya jangan bekerja terlalu kuat kerana sehingga terpaksa menyuruh Najwa membuat kerja-kerja yang berat. Dia juga berkata Najwa tidak patut bekerja begitu teruk semata-mata untuk mencari wang lebih untuk kesenangan dunia. Sam amat terperanjat mendengar kata-kata Mak Mertuanya itu dan dimasa itu perasaan marah dan kecewanya datang, tetapi dia masih tetap cuba mengawalnya dengan berkata kepada Ibu mertuanya supaya memberitahu Najwa supaya berhenti membantunya. Olih sebab masa itu Najwa ada berdekatan, maka Sam memberitahu terus kepada Najwa supaya berhenti membantunya dan menyuruhnya membuat kerja rumah sahaja. Maka tinggallah Sam berdua bersama wanita tua itu menjalankan perniagaannya. Maka bertambah kelam kabutlah Sam melayan pelanggannya.

Kedaan Sam setiap hari selepas itu masih tak berubah, terus kelam menjalankan perniagaannya kerana tiada cukup pembantu. Dia telah cuba untuk mencari pekerja lain tetapi masih gagal kerana tiada orang yang hendak bekerja digerainya. Olih sebab terlalu penat dan tertekan berniaga, Sam menjadi agak perengus dan dia selalu mula memarahi Najwa jika ada perkara yang tidak disukainya. Perasaan kecewa dan marahnya sudah tidak dapat dikawalnya lagi, walau bagaimana ianya hanyalah kekasaran komunikasi dan bukan fizikal. Sam mula bertindak menzahirkan kemarahannya dengan membaling atau menendang apa sahaja yang berdekatan. Sam sebenarnya masih mampu mengawal kemarahannya itu tetapi dia sengaja memperlihatkan kepada Najwa dia sekarang amat marah dan tidak puas hati supaya Najwa sudi mengambil perhatian serta mendengar keluhan hatinya.

Apa yang Sam rasakan sekarang ialah dia langsung tak dihargai serta tidak mendapat perhatian dan kasih sayang. Tetapi segala usaha untuk menarik perhatian Najwa sia-sia sahaja. Najwa masih tidak ambil kisah, malah lebih menjauhkan diri lagi. Sam telah benar-benar berasa tidak selesa sekarang. Walau bagaimanapun dia tetap terus berniaga digerainya bersama makcik tua itu. Semakin hari Sam semakin penat, kecewa dan marah dengan semua yang terjadi.Apa pun kesusahan yang dialaminya, bila mengenangkan anak-anaknya, dia tetap terus berkerja dan berusaha.

Semakin lama semakin teruk perasaan Sam tertekan dan dia merasakan seperti dirinya telah tidak stabil kembali. Dia tahu dia mengalami Depression lagi. Dia masih melawannya serta mula berehat dengan selalu menutup perniagaannya lebih awal kerana bila malam dia akan pergi kepantai menjala udang atau ikan. Dengan cara itu dia dapat berehat dan melapangkan fikiran. Selain itu, kegiatannya itu akan membuatkannya menjadi terlalu letih dan akan membuatkan dia cepat tidur selepas pulang kerumah. Selain itu dia juga akan pergi lepak kerumah budak-budak bujang dan bersembang sampai kesubuh. Dia sudah tidak betah tinggal dirumah waktu malam kerana apabila semua anak-anaknya tidur, dia akan terasa kosong dan keseorangan.