KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
Wednesday, 26 November 2014
2.6] Sam dan Najwa berada betul betul dihadapan Rokiah yang sedang khusyuk membaca dan Sam menyapa Rokiah. Rokiah terperanjat dan sambut mendongak kearah Sam dan Najwa. Rokiah terus bangun dan terus memeluk Sam dan Nakwa terpinga-pinga melihat keadaan itu.Rokiah menyatakan bahawa dia amat rindu pada Sam dan sudah lama tidak mendengar Sam berjenaka. Sam memperkenalkan Rokiah kepada Najwa dan mereka bersalaman sambil bertanya khabar. Rokiah menyampaikan salam seluruh keluarganya kepada Sam dan mereka semua amat rindu juga pada Sam kerana telah lama Sam tidak datang kerumah malah tiada langsung menghantar berita. Olih kerana hari itu masih pagi, Sam mengajak mereka bersarapan dihotel tersebut sambil berborak.
Selepas makan Sam mengajak mereka semua pergi membeli belah untuk membeli pakaian Najwa. Sam berharap Rokiah mengawankan serta menolong mereka menunjukkan pusat pakaian wanita yang baik-baik untuk membeli pakaian Najwa. Sepanjang hari itu mereka bertiga telah berjalan-jalan bersama sambil membeli pakaian dan perhiasan wanita. Sam juga membeli pakaian yang baik untuk dirinya. Sebagai mengucapkan rasa terima kasih kepada Rokiah, Sam telah mebelikan sebuah Bag tangan wanita yang berjenama dan mahal harganya sebagai hadiah. Rokiah amat suka dengan pemberian Sam itu. Akhirnya setelah selesai membeli belah, mereka pun pulang menuju haluan masing-masing.
Sebaik sahaja tiba didalam bilik hotel, Najwa melemparkan semua barangan yang dibelikan dengan secara kasar keatas katil dan duduk di meja mekap yang sedia ada didalam bilik itu. Dia memarahi Sam kenapa dia tidak diberitahu awal yang dia akan dibawa berjumpa dengan bekas kekasih Sam. Kalau dia tahu macam ini mungkin dia tidak mahu ikut dan berkata lebih baik Sam seorang sahaja yang datang. Sam yang duduk diatas katil sambil mengemaskan barangan yang berterabur tersenyum sedirian. Najwa tidak perasan Sam tersenyum.Najwa juga mempertikaikan Bag Tangan yang diberikan olih Sam kepada Rokiah. Dia seperti amat marah. Sam menerangkan bahawa ianya sebagai membalas jasa Rokiah dan keluarganya yang melayan dia dengan amat baik, malah dia selalu menumpang makan dirumah Rokiah semasa bujang. Lagi pun semasa bujang, dia selalu tidak cukup wang untuk makan. Keluarga Rokiahlah dia menumpang makan.
Malam itu Najwa berkata bahawa Rokiah adalah seorang perempuan yang amat cantik dan amat bijak. Dia bertanya kenapa Sam tidak berkahwin dengan Rokiah, dan Sam menerangkan segala sebab yang terjadi. Lagi pun kalau orang Bandar amat jarang berkahwin dalam usia yang terlalu muda macam dia.Dia dan Rokiah sekarang pun baru berumur 18.
Sam juga meluahkan sekali lagi perasaannya kepada Najwa berhubung konflik dia dan keluarga serta meminta Najwa menyatakan segala kesalahan dia selama ini. San juga meluahkan kekecewaan hatinya berhubung kedinginan hubungan mereka. Malang sekali setelah Sam menceritakan segala yang terbuku dihatinya, Najwa naik berang dan menyata bahawa Sam mula mencari sebab untuk menyalahkan dia dan keluarganya dan mungkin bertujuan untuk berbaik semula dengan Rokiah. Sam amat terperanjat dan meminta maaf jika tersalah kata. Pergaduhan berlautan dan mereka tidur dalam keadaan dingin.
Sam sudah hilang mood untuk berehat dan melancung lagi. Malam esuknya dia menempah tiket Bas Ekspress untuk balik kekampung. Olih sebab Najwa memang dia ketahui suka mendiamkan diri, dia hanya membiarkan segala persoalan berlalu begitu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment