KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

2.3 . Sam masuk kedalam bilik sambil menghempaskan diri kekatil sambil fikirannya ligat memikiran segala kemungkinan dan sebab sehingga terjadinya masaalah yang baru berlaku tadi. Najwa masih diluar kerana membawa cawan dan piring yang digunakan untuk hidangan kepada ibu-bapanya tadi. Hati Sam amat marah serta merasa amat terhina dan amat pelik dengan cara pemikiran keluarga Najwa yang seakan tidak panjang fikiran serta tidak matang dalam membuat keputusan. Seperti mereka langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

Sedang Sam berfikir, Najwa pun masuk dan terus membaringkan diri serta menghadapkan muka kesebelah dinding dan tidak berkata apa-apa pun. Sam hanya memerhatikan sahaja gerak laku Najwa kerana dia telah merancang untuk tidak bertanya apa-apa pun pada Najwa selain melihat apakah tindakan atau adakah akuan dan alasan yang akan diberikan kerana perkara yang baru berlaku tadi. Dia tidak mahu bercakap tentang perkara itu kerana takut akan didengari olih kakak ipar dan suaminya dan juga anak-anak mereka. Dia juga takut jika tersilap bahasa akan menjadi pertengkaran, dan sudah tentu menjadi kecuh. Apatah lagi Sam sekarang sudah mula memahami serta faham cara berfikir Najwa dan keluarganya. Dia mula berasa takut sekarang.

Najwa masih dengan posisi tadi dan mungkin telah tidur dengan tanpa sepatah ayat pun keluar dari mulutnya. Sam masih cuba mencari jawapan kenapakah perkara sebegitu bolih terjadi. Kemungkinan pertama yang difikirkan ialah Najwa mengadu bahawa Sam tidak mahu membelikan gelang itu untuk dia, dan yang kedua ialah mungkin Penjual Emas itu pergi dengan membuat cerita yang bukan-bukan kepada kedua ibu-bapa Najwa tentang keenganan Sam membeli gelang itu untuk Najwa. Yang akhir sekali ialah mungkin yang menyuruh membawa gelang Emas itu kepada Najwa olih keluarga dia kerana dia amat yakin Sam banyak wang serta tiada masaalah untuk membelinya, dan mungkin selepas Sam tidak mahu membeli maka mereka berasa malu kepada penjual emas itu.

Banyak kemungkinan yang Sam fikirkan serta menilai dimanakah kesalahannya.Ternyata kesalahan Sam masa itu ialah tiada wang lebih untuk membeli gelang Emas untuk Najwa. Esuk paginya Sam bangun dan memulakan kerja seperti biasa tapi Najwa agak berlainan. Dia masih mendiamkan diri dan seharian duduk didalam rumah sehinggakan semasa Sam makan tengahari pun dia masih senyap. Sam biarkan sahaja walau pun hatinya panas dan tidak tenteram. Sam tidak mahu mengunkit cerita Gelang itu kerana takut akan terjadi salah faham dan pertengkaran. Walaupun hatinya sedih, tetapi bila dia pergi bekerja serta bergurau dengan pekerja, kuranglah sedikit kerunsingan dan tekanan yang ditanggungnya.

Selepas 2 atau 4 hari barulah Najwa dan Sam bolih bermesra semula dengan tidak membincangkan perkara berkaitan Gelang tersebut. Dari hari kejadian itu, kakak ipar dan suaminya langsung tidak bertegur sapa malah mereka amat ketara menghidari Sam dan perwatakan seperti amat membenci. Sam masih bersabar kerana mungkin mereka sedang marah sangat sekarang dan mungkin bila dah reda, mereka akan seperti sediakala.Namun ianya terus sedemikian dan berterusan.

Sam amat tidak selesa dan bila malam dia sudah tidak keluar untuk menonton TV kerana tidak mahu anak buahnya melarikan diri bila dia duduk dekat dengan mereka dikala mereka sedang menontot TV atau menelaah pelajaran. Sam sudah terasa bahawa semua orang didalam rumah itu menjauhkan diri darinya, kecuali Najwa. Najwa, nampaknya serperti biasa sahaja dengan mereka semua tetapi agak dingin sedikit dengan Sam.

No comments:

Post a Comment