Sam memang begitu, walaupun masa bujang dan duduk sendirian dirumah sepupunya diCheras, rumahnya telah dijadikan sebagai pusat menagih dadah olih sahabat-sahabatnya yang memang menagih dadah. Bolih dikatakan setiap malam mereka akan lepak dirumah itu dengan melakukan kegiatan itu didepan mata Sam, tapi Sam tidak terpengaruh dan tidak terikut dengan perangai mereka. Sebahagian sahabatnya juga terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan ada diantara mereka yang telah kena tangkap dan ada juga yang mati tertonggeng didalam longkang kerana mengambil dadah berlebihan. Yang sedih nya ada sahabatnya yang mati dua beradik sekali mati kerana terlebih dadah. Sam masih tidak terpengaruh dan akhirnya semua sahabatnya itu ditinggalkannya setelah dia berhijrah ke Trengganu dan berkahwin dengan Najwa. Dia mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.
Dalam masa Sam berulang alik berhibur keKelab malam tersebut, wanita yang sering memerhatikannya masih berkelakuan begitu. Sam masih menyangka semua itu helah mereka semua bagi menjerat pelanggan. Olih sebab Sam dan rakan-rakan selalu datang lewat, mereka tidak pernah dapat peluang untuk membooking perempuan tersebut. Terasa juga Sam untuk berbual dengannya tapi tidak pernah dapat peluang. Setelah ditanya olih Ali kepada salah seorang wanita penari disitu, ternyata wanita tersebut telah dibooking awal olih pelanggan mereka kerana dia adalah antara yang tercantik disana. Sam berkata pada Ali, supaya jangan bersusah sebab perempuan itu kerana yang lain pun bolih menemani mereka. Sekarang lain pula, Sam booking perempuan tetapi Ijan pula yang galak melayan mereka dan Sam hanya mencelah serta tumpang ketawa bila mereka buat lucu. Begitulah keadaannya selama bebrapa kali mereka pergi kesana. Bagi Sam dia sudah terhibur melihat telatah manusia serta mendengar lagu-lagu kegemarannya. Dia sedikit terhibur walaupun setiap kali berkunjung, Sam terpaksa membelanjakan RM 300.00 hingga RM 400.00 membelanja semua sahabatnya.
Pada suatu malam, sedang Sam menglamun dan Ijan sudah pandai menari, Sam didatang olih wanita yang selalu memerhatikannya dan menegur Sam. Dia bertanya kenapa Sam termenung dan tidak menari seperti sahabat yang lain. Sam menyatakan dia tidak pandai menari.Sam terperanjat melihatkan perempuan itu duduk disebelahnya dan bertanya kenapa dia tidak melayan pelanggan seperti kebiasaannya, sedangkan malam ini malam minggu dan kelihatan amat ramai pelanggan pada malam itu. Wanita itu berkata, malam ini dia sengaja bercuti kerana hendak bertemu Sam. Sam amat terkejut mendengar penjelasan perempuan itu. Disamping itu dia berkata mulai hari ini dia akan bercuti setiap hari ahad dan akan melayan Sam dan menemani Sam dengan tiada payah Sam membayar atau membooking beliau.
Perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai Mala dan memang ternyata bila dilihat secara dekat memang dia seorang wanita yang cantik serta amat seksi. Sam yang sentiasa mula tidak mempercayai orang lain, mula berkata dalam hati bahawa dia kena berhati-hati dengan kebaikan Mala kepadanya sekarang. Dia takut ada sesuatu yang dihajatkannya. Walau bagaimanapun Sam melayan dan berbual dengan Mala sepanjang malam sambil sesekali Sam perasan bahawa ramai lelaki yang asyik memandang kearah mereka.Walau bagaimana pun Sam merasa amat terhibur pada malam itu. Ali, Lan dan Ijan amat suka melihat Sam sudah dapat berjumpa dan bercakap dengan Mala. Mereka terkejut bila nak membayar bil apabila tiada caj yang dikenakan sepanjang Mala bersama Sam. Akhirnya Sam ceritakan hal yang sebenar.Mereka ketawa dan menyatakan Mala sudah jatuh hati kepada Sam. Sam berkata bahawa Maka itu Mawar berduri dan dia adalah Kumbang Tahi.
No comments:
Post a Comment