KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

1.5[ Pakcik itu tidak menjawab soalan Sam itu tapi bertanya kepada dia pula ..darimana dia datang dan memangggil Sam dengan panggilan Awang. Sam terkejut bila mendengar pakcik itu memanggil dia sebagai Awang dan menerangkan bahawa nama dia Sam dan bukan Awang. Pakcik itu tersenyum dan memberitahu Sam bahawa orang tempatan disini memang akan memanggil semua lelaki muda yang tidak diketahui nama mereka dengan panggilan gelaran am sebagai Awang sahaja. Sam faham dan tersenyum. Didalam hatinya berkata ..bahawa ditempat dia..kalau panggilan Awang itu selalunya digunakan untuk Beruk atau Monyet peliharaan.

Pakcik itu berkata lagi seperti memerli nama Sam yang seakan bunyi nama orang putih. Sam faham akan maksud pakcik tersebut lalu menjawab bahawa sebutan sahaja berbunyi orang putih…tapi kalau disebut dalam lorat Melayu…ia akan berbunyi Sham. Pakcik itu tersenyum lalu berkata lagi dengan menyatakan bahawa orang Melayu sekarang dah ramai yang Lorat..Sam lagi sekali terperanjat dengan bahasa pakcik itu kerana bahasa Lorat yang dikatakan itu sebagai bermakna kurang ajar yang selalu diperkatakan dikalangan sahabat-sahabatnya.Sam faham mungkin bahasa tempatan disini berlainan dan mungkin dia salah tafsir maksud perkataan pakcik itu lalu hanya berdiam diri sahaja…tapi ditangannya masih tergenggam makanan dalam plastic cerah itu dari tadi.

Sambil hendak meletakkan cawan teh yang baharu dihirupnya..pakcik itu memberitahu Sam bahawa nama makanan yang masih dipegangnya itu adalah Laksam..Barulah Sam tahu dan bertanya bagaimana nak memakannya. Pakcik itu meneruskan loyar buruknya dengan berkata bahawa kalau nak memakannya kena masukan kedalam mulut dan bukan hanya dipegang sahaja.

Pelanggan kedai yang sedang makan dan berdekatan turut ketawa mendengar pakcik itu mempermainkan Sam. Pakcik itu menyuruh Sam mengambil pinggan dan sudu yang ada berdekatan dan menyuruh Sam makan menggunakan pinggan dan jangan makan terus dari plastic itu kerana orang tak pernah buat begitu.Sekali lagi ada diantara pelanggan warung itu tersenyum dan ketawa kecil bila mendengarnya. Sam mengisi laksam itu kedalam pinggan itu dan mencurahkan kuah yang terdapat didalam sebuah plastic kecil yang disertakan bersama lalu bertanya kepada pakcik itu..bagaimana nak makan belacan dan lada giling yang disertakan bersama dalam laksam itu. Pak itu menyuruh Sam meleseknya…Sam tercengang lagi.

Melihatkan Sam seperti tidak memahami kata-katanya..pakcik itu mengambil pinggan makanan Sam lalu menggaul serta menenyeh belacan sehingga hancur. Setelah semua digaul sekali..laksam itu telah bertukar warna menjadi warna merah coklat. Sam terkekeh-kekeh sendirian dan mengambil pinggan yang dihulurkan olih pakcik itu.

Sam mula memakan laksamnya tetapi sebaik sahaja memakannya..dia tercengang dan kemudian menolih kekiri dan kanan dengan muka yang berkerut sedikit. Selepas itu Sam makan dengan agak perlahan serta lebih banyak menguis-nguis laksam tersebut seperti orang takada selera. Setelah selesai makan dan membayar harga makanan dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut diapun memulakan perjalanannya. Dia terus menyusuri deretan kedai yang ada di situ. Kirim

No comments:

Post a Comment