Sekarang Sam telah ada 2 orang anak bernama Firdaus dan yang perempuannya bernama Nurul. Walaupun kejatuhannya itu menjatuhkan imejnya kepada masyarakat yang selama ini amat memandang tinggi serta hormat kepadanya tapi Sam tempuhi semuanya dengan tabah serta berazam untuk bangun semula dan membuktikan dia masih bolih melakukannya lagi.
Cabaran paling besar yang menghantui fikirannhya ialah Keluarga Najwa. Dia akan buktikan kepada mereka bahawa dia masih bolih Berjaya walau dimanapun dia berada, bukan setakat diTrengganu sahaja. Berita terbaharu yang Sam terima ialah sahabatnya yang dahulunya berniaga dengan menjual hasil keluarannya telah mula maju dengan membina perniagaan yang sama sepertinya. Apa yang Sam duga telah berlaku dan benar semuanya. Maka sekarang dengan ketiadaannya serta ramai pekerja mahir yang ditinggalkan telah membiakkan industry itu diTrengganu dan Kelantan.
Setelah persiapan untuk memulakan perniagaan dikampungnya siap maka Sam memulakan kelas latihan Kemahiran untuk melatih pekerja baru untuk menjadi pekerja mahir. Kebiasaannya untuk melatih pekerja untuk menjadi separuh mahir pun memakan masa selama 3 bulan dan dimasa itu barulah mereka bolih membuat kerja-kerja yang tidak berapa tinggi mutunya. Untuk mengeluarkan sutera, pelatih perlu berlatih sekurang-kurangnya 6 bulan barulah bolih melukis diatas sutera.
Dengan itu Sam perlu membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan pekerja mahir kerana semua mereka dibayar Elaun olih Sam sebagai galakan dan perbelanjaan harian.Selain itu Sam sudah memilik dua tiga orang pekerja mahir dikampungnya yang diasuh olih pekerja dari Trengganu yang bekerja dikampungnya dahulu. Mereka membuat kerja dan melatih pekerja baru.
Sam juga melatih adiknya Kamal untuk belajar membuat Batik Cop untuk mengeluarkan Batik Sarung dan Kain Ela. Selain itu Sam berminat kepada bidang Elektronik dan lampu LED dan megupah seorang pakar untuk membuat dan melatih pekerja mahir. Sam rasakan bahawa industry itu akan berkembang kerana pada masa itu amat kurang pengunaan bahan tersebut.Sam mempunyai visi tersendiri.
Semuanya berjalan lancer serta perusahaan Sam telah mula mengeluarkan hasil. Najwa membantu menjaga pusat jualan dan pameran dimana disitu juga Pejabat Sam diletakan dan juga pusat latihan elektroniknya.Sam akan memulakan versi baru bagi batik-batiknya iaitu Selangor dan KL Design. Kiriman Pr
No comments:
Post a Comment