1.8] Sebenarnya Najwa adalah anak bongsu dalam keluarganya dan mereka amat sayang kepadanya. Dia seorang wanita yang agak pendiam dan kurang berkata-kata. Adik beradik Najwa semuanya ada empat orang , dua kakak yang telah berkahwin dan seorang abang yang bernama Yusri. Salah seorang kakaknya yang telah berkahwin tinggal dengan menyewa sebuah rumah yang berjiran dengan ibu-bapanya dan seorang lagi tinggal disebuah kampong lain.
Anak-anak saudara Najwa selalu bermain di hadapan rumah Najwa. Bila Najwa sudah pulang ke kampung maka bertambah keraplah mereka bermain bersama dan suasana amat meriah. Sam juga kekadang suka melayan mereka bermain apabila pulang dari kerja atau cuti dihari Jumaat. Sam dan Najwa berbincang untuk membuat satu perniagaan bersama seperti yang mereka rancangkan semasa diKuala Lumpur dulu. Setelah berbincang, Sam bersetuju untuk berkerja diwaktu malam sebagai kerja sambilan kerana dia masih kena bekerja dengan tempat kerjanya itu. Najwa setuju untuk menyiapkan semua kerja mewarna diwaktu siangnya.
Setelah bersetuju maka mereka pun mula bersiap sedia untuk memulakan perniagaan dengan modal yang diberikan olih keluarga Najwa, lebih kurang RM 1000.00. Sam masih bekerja tetapi sebelah malam dia akan melukis, kekadang sehingga jam satu atau dua pagi. Pada siang harinya Najwa pula akan melakukan kerja mewarna dan mengangkat kain-kain yang telah siap. Pada hari Jumaat, bila Sam tidak bekerja, mereka akan melakukan kerja memasak dan membasuh kain-kain bersama serta dibantu olih keluarga Najwa. Begitulah perjalanan kerja yang mereka lakukan sehinggakan perniagaan mereka bertambah maju dan tempahan terlalu banyak.
Melihatkan keadaan perniagaan yang semakin maju serta kerja yang terlalu banyak maka Sam dan Najwa berbincang serta Sam merasakan perlu dia menumpukan seluruh perhatian sekarang kepada perniagaan itu demi memenuhi segala tempahan yang semakin bertambah. Sam bercadang untuk berhenti bekerja. Kata Sam dia telah ada pekerja yang sudah mahir dan bolih menggantikan dia ditempat kerjanya untuk menjaga dan mengajar pekerja yang lain.
Keesukan harinya Sam telah berjumpa dengan pengurusnya dan berbincang tentang hasratnya untuk berhenti bekerja. Setelah mendengar penerangan dari Sam maka pengurusnya itu bersetuju dan menerima cadangan Sam iaitu Sam akan selalu memantau dan member pertolongan khidmat nasihat kepada pekerja syarikat itu jika diperlukan. Selang beberapa hari Sam pun berhenti bekerja dan mula menumpukan segala masa dan usaha, siang dan malam untuk memajukan perniagaannya dengan Najwa. Dari sebuah perniagaan sambilan dibawah rumah, ianya sudah mempunyai bengkel sendiri yang di buat sendiri olih Sam dengan hasil keuntungan yang diperolehi. Selain itu jumlah pekerja pun bertambah. Semua usaha selama menumpukan usaha selama tiga bulan selepas berhenti kerja sebagai tenaga pengajar telah berhasil.
Sam sudah hampir empat bulan tidak pulang untuk menziarahi ibu bapanya dikampung. Dia terasa hendak pulang kerana terlalu rindu. Sam menyampaikan hasrat tersebut kepada Najwa dan keluarganya dan mereka bersetuju. Olih sebab Sam tidak langsung mengambil gaji dari perniagaan itu maka wang gaji yang diperolehinya tiga bulan yang lepas telah hampir habis dibuat perbelanjaan. Dia meminta kebenaran Najwa untuk mengambil wang dari tabung perniagaan sebanyak RM 1,500.00 sebagai perbelanjaan pulang kekampung.
.jpg)
No comments:
Post a Comment