Dengan adanya Ijan disana, tidaklah nampak sangat bahawa Sam akan terus meninggalkan keluarganya dan dengan ini Najwa dan keluarganya tidak akan cepat melatah serta membuat tidakan yang segera untuk menyerang atau menghubungi keluarga Sam untuk bertindak.Mereka akan beranggapan bahawa Sam hanya akan pergi dalam masa singkat sahaja.Dengan itu dia akan dapat tenang untuk meneruskan segala usahanya berusaha membangunkan perniagaan baru.Ijan juga bertindak sebagai spy untuk memberi maklumat pergerakan Najwa dan keluarganya samaada soal menjalankan perniagaan serta apajua yang berkaitan dengan keluarganya semasa Sam tiada.
Tindakan Sam itu juga akan dapat mengaburi pandangan pihak keluarganya sendiri yang dianggapnya sebagai cepat melatah sekiranya ada sesuatu yang berlaku diantara Sam dan Najwa. Mereka masih tidak tahu perangai Najwa dan keluarganya terhadap Sam. Bagi mereka, Najwa adalah seorang menantu yang warak serta amat patuh kepada agama, dan amat mustahil dia akan berkelakuan sebegitu.Sam juga tidak menyalahkan keluarganya kerana dia tidak memberi tahu segalanya kepada mereka semua kerana Sam menganggap itu adalah hal peribadinya dan tidak perlu dihebahkan. Nampaknya perancangan Sam amat menjadi serta suasana masih aman.
Ijan menjalankan tugasnya dengan baik dengan memberi tahu Sam apa jua perbuatan serta kejadian yang berlaku di Trengganu. Sam juga berjanji kepada Sam untuk membayar Ijan gaji tambahan sekiranya dia diarahkan meninggalkan Paka bila tiba waktunya dan bekerja menjaga projeknya yang baru diPerak. Setiap kali Najwa dankeluarganya bertanya kepada Ijan, bilakah Sam akan balik, Ijan akan memberi alasan bahawa kerja Sam masih belum siap dan masih tidak boleh pulang ke Paka lagi.Bagi pihak keluarga Sam, semuanya masih tidak mengetahui apa-apa serta mungkin mereka ingat Sam selalu pulang kePaka apbila tiada dalam masa seminggu, tetapi sebenarnya Sam berada diPerak.
Sam sentiasa memamtau keadaan Najwa dan anaknya melalui Ijan dan serta pekembangan perniagaan Kilang Sutera Paka yang mana akhirnya sudah tidak beroperasi lagi. Semua itu telah dijangka oleh Sam sebelum ini. Sam mengarahkan Ijan bekerja lagi disana untuk menjaga pusat pameran yang sering dikunjungi olih pelanggan dan terus menjual stok yang ada lagi dan meminta Ikan memberikan wang juakan itu kepada Najwa dan Ijan bolih mengambil sebahagian untuk perbelanjaan hariannya dengan meminta dari Najwa. Perkara ini berlanjutan sehinggalah Sam mengarahkan Ijan meninggalkan kerjanya di Paka dan mengikutnya bekerja di Perak. Masa itulah semua perancangan Sam mula diketahui oleh Najwa dan keluarganya. Dengar khabar Najwa telah menutup perniagaannya serta pulang semula dan duduk bersama keluarganya di Kuala Trengganu.
Sam selepas itu telah bertambah maju dan terus berniaga diPerak dengan pendapatan diantara RM 500.00 sehingga RM 1000.00 sehari. Dia hidup mewah dan sepanjang berada di Perak dia tinggal dengan menyewa sebuah bilik disebuah Resort peranginan di Parit Perak.Sam berasa tenang dan damai dan bebas, tetapi dia sentiasa ingatkan anak-anaknya dan mungkin sebab itulah dia masih tidak berkahwin lagi walaupun mempunyai wang yang banyak masa itu. Dia masih berharap Najwa dan keluarganya akan berubah serta dia dapat bersama kembali dengan anak-anaknya. Ijan yang telah meninggalkan Paka telah mendapat apa yang telah Sam janjikan dan mula bekerja dengan Sam diperak dan diberi pendapat yang agak lumayan.
No comments:
Post a Comment