Sam mencuba berbagai cara untuk mengawal sendiri keresahan dirinya seperti sembahyang dan berdoa tetapi dia tidak langsung menumpukan pemikirannya semasa sembahyang kerana selalu tidak bolih melupakan segala kepahitan dan masaalah yang dihadapinya sehinggakan dia selalu telalai ketika bersembahyang serta tidak bolih fokus langsung. Tangan menggeletar serta badan yang sentiasa sakit juga masaalah utamanya sekarang.
Petang itu Sam telah membeli lagi minuman keras itu kerana dia takut malam nanti dia akan kena serangan keresahan dan kerunsingan yang semakin teruk dihadapinya sekarang.Sebaik sahaja Arfah melihat Sam membawa botol minuman keras itu masuk kerumah, dia terus merampas botol itu daripada tangan Sam serta memarahi beliau dan mengugut Sam bahawa kalau begini kelakuan Sam dan tidak mahu berubah, dia akan pergi dan berhenti bekerja. Sam tercengang melihat kelakuan Arfah serta termenung seketika dan akhirnya terus masuk kedalam rumah dan duduk diruang tamu. Arfah mengikutinya dan duduk disofa berhampiran Sam.
Arfah meminta maaf dari Sam kerana terpaksa berkata begitu kerana dia tidak suka Sam mengambil keputusan sedemikian untuk menyelesaikan masaalah. Sam berkata bahawa itu bukan untuk menyelesaikan masaalahnya, tetapi hanyalah sebagai cara untuk menghilangkan perasaan marah, sedih dan keliru serta kesakitan fizikal yang dihadapinya sekarang. Arfah berkata dia juga pernah mengalaminya tetapi mungkin tidak seteruk apa yang Sam alami serta dia juga tidak tahu apa yang sebenar yang Sam alami sebelum ini.
Arfah meminta agar Sam berjanji kepadanya agar tidak lagi meminum minuman itu, dan Sam berjanji.Arfah juga berkata dia akan cuba menemankan Sam serta akan berbincang dengan Najwa nanti cara untuk membantu Sam bertenang dan merehatkan perasaan. Diwaktu itu Najwa yang baru pulang dari pasar masuk kedalam rumah dan bila ternampak Sam sedang bercakap dengan Arfah, muka nya masam serta menunjukkan kejengkelan yang jelas sambil berjalan melintasi mereka dengan agak laju sambil merengus serta terus pergi kedapur.
Arfah yang melihat keadaan itu memandang Sam yang seperti hendak marah sambil menepuk-nepuk tangan Sam dan seperti memberi isyarat agar Sam bersabar.Dia meminta Sam bersabar kerana katanya Najwa juga sedang mengalami tekanan serta kekecewaan akibat semua ini dan minta Sam jangan memarahi dia untuk tidak membebankan lagi masaalahnya.
Sam lalu berkata bahawa Najwa hanya dikuasai perasaan cemburunya sahaja dan bukannya memahami masaalah kehidupan yang dia alami sekarang serta tidak langsung memikirkan bahawa semua ini akan merosakkan keluarga mereka juga.Sam juga bahawa Najwa juga langsung tidak memikirkan serta membantu dia untuk mengurangkan bebanan fikirannya kerana tidak faham bahawa ketenteraman dia adalah kunci untuk dia sebagai suami berfikiran baik serta bersemangat untuk berusaha untuk menyara keluarga.
Arfah mencadangkan agar Sam dan keluarga pergi berehat dan beriadah untuk menenangkan fikiran serta menggembira anak-anak. Sam bersetuju dan meminta Arfah mengikut mereka bersama dan Arfah bersetuju dan berkata yang dia akan menjaga anak-anak Sam.
Hari itu Sam agak tenang sedikit, tetapi waktu malam dia meminta Arfah menemaninya bercakap diruang tamu sehingga dia tertidur. Bila dia bangun waktu subuh, didapatinya Arfah masih tidur didepan Tv yang masih terbuka, tidak jauh darinya dan seorang anaknya berada disebelahnya.
